Derma semua Barang Kemas !

Selasa, 18/04/2006 –

Seorang wanita Palestin telah menderma kesemua barang kemasnya kepada parti memerintah Hamas dan menggesa kerajaan Hamas agar tidak tunduk pada mana-mana tekanan hebat pihak US, EU dan Israel.

“Inilah yang dapat saya berikan. Demi Allah, saya hendak menderma kesemua wang yang terdapat dalam dunia ini jika memilikinya”, kata surat tersebut yang wanita itu enggan memberitahu namanya.

Pemimpin Hamas berkata tindakan wanita tersebut bukanlah sesuatu yang janggal dimana pengorbanan yang lebih besar daripada itu sudah menjadi kebiasaan bagi wanita Palestin demi mempertahankan Palestin dan kedaulatannya.

Begitu juga ditunjukkan oleh para pekerja Direktorat Wakaf di bandar Tulkarem untuk menderma gaji bulan Mac mereka kepada Hamas untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Hamas dan pemimpin mereka Ismail Haneyya. “Ada usaha-usaha untuk menggagalkan pilihan demokratik rakyat Palestin dan kami bertindak demikian menunjukkan sokongan positif kami untuk sebuah negara Palestin yang adil”,kata Sheikh Bilal Khamis salah seorang pegawai direktorat.