MB menafikan tuduhan Zionis bahawa Hamas membenarkan pengiktirafan Israel

Selasa, 18/04/2006 –

Kumpulan Persaudaraan Muslim (MB) yang berpengaruh kuat telah menafikan tuduhan yang disiarkan di dalam akhbar Yahudi yang mengatakan terdapat aliran di dalam MB yang bersedia mengeluarkan fatwa membenarkan Hamas mengiktiraf negara Yahudi itu.

Timbalan MB, Dr. Mohammed Habib, menyelar akhbar Yahudi tersebut, sambil menegaskan dalam satu kenyataan kepada PIC bahawa akhbar Yahudi “Yediot Ahronot” yang diterbitkan adalah tidak berasas dan rekaan semata-mata. Beliau juga menyatakan akhbar tersebut seringkali mencuba merosakkan imej MB.

Ketua MB mengatakan, Hamas berkuasa mutlak untuk menentukan sendiri tanpa arahan atau permintaan daripada MB, sambil menegaskan terdapat persetujuan bersama untuk tidak mengiktiraf negara Yahudi, dan tiada perjanjian damai akan ditandatangani dengannya melainkan ia keluar daripada tanah Palestin yang dijajah.

“Kita tidak boleh bercakap mengenai perdamaian jika lebih daripada 9000 tahanan Palestin dipenjarakan di Israel. Tidak akan ada perdamaian dengan Israel jika ia tidak mengiktiraf hak pelarian Palestin terhadap tanah air mereka. Kita bercakap mengenai perdamaian, tetapi pengiktirafan Israel adalah isu yang berlainan”, Habib berkata.

Beliau menolak laporan tekanan yang dikenakan oleh kerajaan Mesir terhadap organisasi beliau untuk mengeluarkan fatwa membenarkan Hamas mengiktiraf Israel, sambil berkata, “Kerajaan Mesir tidak memanggil Hamas untuk mengiktiraf Israel, bagaimana mereka boleh menekan kami untuk berbuat demikian juga?”.

Ketua-ketua Hamas berulangkali menegaskan bahawa mereka tidak akan mengiktiraf negara Yahudi itu walaupun terpaksa menanggung tekanan-tekanan yang dikenakan.