Abbas digesa minta maaf

Rabu, 19/04/2006 –

Sayap bersenjata Gerakan Penentang Palestin pada hari Selasa meminta ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas supaya meminta maaf kepada rakyat Palestin kerana menyifatkan operasi mengebom Tel Aviv sebagai “ganas” sambil menggesa beliau menjelaskan apa yang dinyatakan kepada pihak media terhadap kes tersebut.


Sayap bersenjata itu mengumumkan, dalam sidang akhbar di hadapan menara Shawwa-Husari di bandar Gaza, gerakan itu mempunyai hak untuk mempertahakan rakyat Palestin mengikut masa dan cara mereka, mengesahkan penolakan mereka terhadap kenyataan Abbas.

“Dalam masa peningkatan aktiviti ketenteraan tentera Israel dan pembunuhan rakyat Palestin berterusan dalam usaha untuk membuatkan gerakan tunduk dan menyerah, kami akan meneruskan tugas kami dan membalas segala jenayah Israel dengan kekuatan yang kami ada”, sayap bersenjata berkata dalam kenyataan bersama yang mereka keluarkan.

Mereka mengucapkan tahniah kepada Briged Quds, sayap bersenjata Jihad Islamik, yang mengaku bertanggungjawab terhadap operasi, menyifatkan komen Abbas sebagai “asing terhadap nilai dan etika rakyat Palestin”. Mereka menekankan bahawa operasi yang dijalankan adalah sebagai membela diri, dan ia berpunca daripada pembunuhan “anak-anak” Palestin yang berterusan oleh tentera Israel.

Pejuang Palestin itu menyelar Abbas yang sepatutnya mengutuk pengeboman tentera Israel terhadap rumah dan rakyat Palestin yang tidak bersalah setiap hari, daripada menolak gerakan dalam membalas balik kekejaman tentera Israel.

Mereka menegaskan lagi bahawa mereka telah menubuhkan bilik operasi untuk menahan sebarang bentuk pencerobohan tentera Israel di Semenanjung Gaza, sambil menegaskan operasi di Tel Aviv itu adalah mesej kepada kerajaan penjajah Israel bahawa gerakan mampu menyelinap ke kawasan Israel walaupun terdapat langkah-langkah berjaga oleh pihak Israel.