Haneyya: Kami Terbuka untuk Gabungan

Khamis, 20/04/2006 –

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya semasa pertemuan dengan semua kumpulan pejuang menekankan kepentingan syura dengan semua pihak untuk kebaikan Palestin.

Beliau berkata hubungan kerajaan dengan semua pihak adalah baik dan syura akan diadakan dengan kerap dengan semua pihak untuk meneruskan pembangunan Palestin. Dan kerajaan Palestin masih terbuka bagi sesiapa yang berminat untuk menyertasi menunjukkan sikap kerjasama dan memudahkan penguatkuasaan secara aman.

Kerajaan tidak akan berganjak daripada prinsipnya walaupun menghadapi tekanan hebat dari luar terutamanya kewangan namun pihak Hamas sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan bantuan negara Arab dan Islam.

Sementara itu, kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan untuk sentiasa mengadakan hubungan baik dan segala ketidakserasian dengan pihak Presiden akan dibincang melalui dialog.

Pihak Kristian Palestin yang merayakan perayaan Easter berarak dan bersorak menyokong pimpinan Hamas di tengah-tengah Jenin.