Menteri Awqaf mengesahakan pendirian rakyat Palestin

Khamis, 20/04/2006 –

Sheikh Nayef Al-Rajoub, menteri PA di Awqaf, mengesahakan segala usaha untuk memusnahkan pendirian rakyat Palestin akan gagal dan menekankan peranan pengundi tidak hanya berakhir di peti undi, tetapi akan terus berjuang untuk kebebasan negara mereka.

Beliau menjelaskannya semasa lawatan luar ke daerah Jericho dimana pihak AS dan Israel menentang kesungguhan rakyat Palestin yang tidak pernah luntur.

Kerajaan Palestin amat serius dalam membuat perubahan dan reformasi serta mengukuhkan hubungan denagn negara-negara Arab dan Islam, tambah menteri berkenaan. Beliau menyeru negara-negara Arab dan Muslim untuk memikul tanggungjawab dan berpegang kepada kewajiban politik dan kewangan kepada rakyat Palestin, dan membantu mereka untuk menetapkan pendirian mereka dalam apa juga keadaan, serta menambah rakyat Palestin akan terus bertarung dengan penempatan Israel dan akan mempertahankan kesucian Islam.

Menurut Majed Al-Fityani, pegawai daerah itu menegaskan perlunya seluruh dunia untuk menghormati pilihan rakyat Palestin secara demokratik ini. Menteri itu memulakan lawatannya dengan menziarahi ibu pejabat daerah itu yang telah musnah dimana beliau berjumpa dengan ketua keselamatan Palestin, yang menjelaskan kesan kemusnahan yang disebabkan oleh tentera penempatan Israel (IOF).

Kemudian beliau melawat khemah pelarian Aqaba dan Ein Al-Sultan dimana beliau menegaskan perlunya rakyat Palestin beristiqamah dan tetapkan pendirian mereka apabila berhadapan dengan cabaran ini.