Nejad: Penyelesaian Masalah Palestin, Kunci Penyelesaian Masalah Dunia

Khamis, 20/04/2006 –

Presiden Iran, Mahmod Ahmad Nejad menegaskan bahawa masalah Palestin bukan
masalah bangsa Arab dan umat Islam saja. Namun masalah ini adalah masalah utama bagi
pemerhati kemanusiaan dan bangsa yang merdeka di dunia.

Ahmad Nejad menegaskan, sikap politik dan ekonomi berteraskan permusuhan oleh Barat terhadap pemerintah Palestin yang terpilih mengungkapkan hakikat bahawa mereka bukan penyeru demokrasi dan Hak Asasi Manusia yang sebenarnya. Beliau menegaskan bahawa penyelesaian masalah Palestin berdasarkan prinsip yang adil adalah jalan yang
sebenarnya bagi memecahkan semua permasalahan di dunia ini.