Hamas muncul pemenang besar dalam pilihanraya kolej

Khamis, 20/04/2006 –

Hamas memenangi jumlah kerusi yang besar dalam pilihanraya kolej yang berlangsung pada hari Rabu di Universiti Beir Zeit, salah satu institusi pendidikan tinggi paling kebaratan di wilayah dijajah Palestin.

Menurut jabatan perhubungan awam universiti tersebut, Hamas memenangi 23 daripada 51 kerusi persidangan pelajar. Universiti Beir Zeit mempunyai populasi melebihi 7000 orang pelajar.

Fatah, saingan tradisi Hamas, memenangi 18 kerusi manakala PFLP (Popular Front for the Liberation of Palestine) di tempat ketiga dengan 5 kerusi.

Jihad Islamik dan calon bebas memenuhi 2 kerusi masing-masing, manakala kerusi selebihnya dimenangi oleh penyokong Gerakan Demokratik Pembebasan Palestin.

Pilihanraya pelajar di wilayah jajahan Palestin dilihat oleh ramai pemerhati sebagai suara hati masyarakat Palestin secara umum.

Jika benar, keputusan itu menunjukkan Hamas berjaya mengekalkan popularitinya di kalangan rakyat Palestin walaupun krisis kewangan dan ekonomi yang menghantui masyarakat tersebut kerana sekatan yang dikenakan oleh Israel, Amerika dan Eropah ekoran kemenangan Hamas dalam pilihanraya di bulan Januari dan juga semenjak pembentukan kerajaan baru pimpinan Hamas tiga minggu lalu.

Sesetengah pengkritik Palestin mengatakan taktik tekanan Israel-Amerika terhadap Palestin sebaliknya telah makan diri kerana apa yang diharapkan oleh mereka adalah rakyat Palestin tidak menyokong Hamas ekoran tekanan tersebut, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Tambahan pula, Fatah selama ini tidak berjaya menyusun-semula selepas kekalahan teruk dalam pilihanraya pada 25 Januari dan terus dibelenggu masalah pepecahan dan kronisme.

Disamping itu, kesimpulan boleh dibuat daripada reaksi Fatah yang seakan-akan bergembira dengan masalah yang dihadapi oleh Hamas, boleh disimpulkan ia sebagai bekerjasama dengan Amerika dan Israel, yang hanya akan menyakitkan pergerakan itu dan menyumbang kepada kestabilan sokongan umum terhadap Hamas.