Arab Saudi Akan Menyalurkan 92.4 juta Dolar Kepada Pemerintah Palestin

Khamis, 20/04/2006 –

Menteri Luar Arab Saudi Su?ud al Faishal menegaskan, negaranya bertekad
menyalurkan bantuan dana kepada pemerintah Palestin sesuai dengan janji mereka dalam
Sidang Liga Arab di Khartoum, Sudan, pada 28 Mac 2006.

Seperti dilaporkan oleh al-Jazeera, dari sumber utusan Palestin yang menyertai
Menteri Luar Palestin Mahmud Zehar ? dalam kunjungan ke Arab Saudi ? mengatakan,
?Faishal telah menegaskan ?kerajaan? komitmen dengan keputusan Sidang Liga Arab di
Sudan dan akan mencairkan dana sebanyak 92.4 juta dolar, dari Oktober 2005 hingga
Oktober 2006 nanti.?

Sumber yang tidak mahu disebutkan namanya ini mengisyaratkan bahawa Arab Saudi telah
menyalurkan dana kepada pemerintah Palestin bulan lalu, sebagai bantuan berjumlah 20
juta dolar untuk membayar gaji para pegawai atas permintaan khusus dari Presiden
Palestin Mahmud Abbas.

Sebelumnya Kementerian Luar Negeri Qatar telah menyatakan, Isnin (17/04/06),
pihaknya akan memberikan bantuan dana kepada pemerintah Palestin sesuai dengan janji
mereka dalam Sidang Liga Arab di Khartoum, sebanyak 50 juta dolar setiap bulan.

Duta Besar Palestin di Qatar, Munir Ghanam mengatakan, ?Dana itu akan dimasukan
dalam akaun Liga Arab dalam tempoh dua hari ini kemudian Liga Arab akan
menyalurkannya kepada pemerintah Palestin melalui saluran khusus.?

Selain Qatar dan Arab Saudi, negara yang telah menyatakan persetujuan untuk memberi
bantuan adalah Iran. Negara para mullah ini telah berjanji memberikan bantuan kepada
rakyat Palestin sebanyak 100 juta dolar. Jumlah ini merupakan dua kali lebih besar
dari komitmen bantuan yang mereka umumkan sebelumnya.