Qatar menyumbang 50 juta dollar utk Palestin !

Khamis, 20/04/2006 –

Khaled Mishaal , Ketua Politik Hamas telah membuat panggilan telefon untuk menyampaikan ucapan terima kasih beliau kepada Amir Qatar ,Sheik Khalifa Bin Hamad Al-Thani kerana Qatar mengumumkan kesudian negara itu untuk menghulurkan bantuan sebanyak 50 juta dolar kepada rakyat Palestin.

Wartawan Hamas megeluarkan kenyataan bahawa Mishaal sangat menghargai sumbangan yang disifatkan memang tepat pada waktunya kerana rakyat palestin benar-benar dalam keadaan darurat.

Beliau juga memuji Qatar kerana sentiasa menolong dan memberikan bantuan kepada rakyat palestin.

Mishaal juga telah membuat panggilan peghargaan itu kepada pegawai-pegawai Qatar yang lain .