Kata-kata hikmah al-Syahid Shaykh Ahmad Yassin

Kata-katanya mengenai perjuangan rakyat Palestin: Rakyat Palestin hanya mempunyai dua pilihan: samada menyerah diri ataupun meneruskan perjuangan mereka.

Ditanya mengenai pandangan barat terhadap perjuangan rakyat Palestin:

Mereka (Barat) haruslah memahami prinsip perjuangan rakyat Palestin yang mempertahankan diri mereka dengan batu dan segala yang mereka ada demi menerima tindakan kekerasan yang mereka (rakyat Palestin) lakukan terhadap
rejim Zionis.

Bila ditanya mengenai desakan barat agar HAMAS menghentikan perjuangan bersenjata mereka:

Pemahaman barat terhadap isu ini amat dangkal dan silap. Mereka meminta kami (rakyat Palestin) meninggalkan perjuangan kemerdekaan kami dan langsung tidak meminta dari para penjajah (rejim Zionis) untuk meninggalkan tanah air kami dan memulangkannya semula kepada yang lebih berhak.

Apakah HAMAS akan mengubah cara perjuangan mereka seperti PLO?

Sehingga saat ini, HAMAS akan tetap menjadikan Jidah sebagai usaha penentangan yang paling strategic dan tidak akan meninggalkan jalan
tersebut, kecuali jika pihak Zionis menyerah kalah.

Apakah masa depan Negara Israel?

Apa yang saya lihat, entity haram Israel ditegakkan di atas asas kekejaman dan perampasan tanah milik orang lain. Apa sahaja entity yang diasaskan di atas dasar yang demikian tidak akan kekal lama dan akan hancur kerana
perpecahan di kalangan mereka sendiri.

Bila ditanya berkaitan ancaman rejim Zionis untuk membunuhnya selepas percubaan pertama membunuhnya gagal ?

Jika saya terkorban, akan muncul seribu yang lain seperti diri saya.

Apakah dengan tindakan-tindakan rejim Zionis, rakyat Palestin akan menyerah
kalah?

Mereka (Zionis) mesti tahu bahawa peperangan akan berterusan dan rakyat kami akan sentiasa memburu mereka dan mereka akan membayar harga kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap rakyat Palestin.

Pandangannya mengenai perjanjian damai di antara Pihak Autonomi Palestin dan
Israel ?

Perjanjian Damai yang wujud kini hanya menguatkan lagi penjajahan (Zionis ke atas bumi Palestin), pendudukan mereka dan juga penderitaan rakyat Palestin.
Ini bukanlah damai yang sebenar!

Apakah pandangannya terhadap rakyat Israel ?

Semua anggota Zionis adalah tentera di medan peperangan.

Bila ditanya mengenai masa hadapan perjuangan rakyat Palestin ?

Saya yakin bahawa penderitaan kita adalah semakin parah dan memerlukan kepada pengorbanan dan kesabaran, namun, Insha Allah, masa depan adalah bersama kita.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.