JI Pakistan Mengumpul Dana untuk Hamas

Jumaat, 21/04/2006 –

Jamaat-e-Islami Pakistan akan memungut derma untuk Hamas dalam memecah sekatan ekonomi daripada pihak kuffar dan akan mengusulkan perkara ini kepada semua lapisan masyarakat tidak lama lagi.

Syed Munawar Hassan setiausaha agung JI berkata demikian selepas konvensyen 3 hari JI untuk semua ketua pejabat dari seluruh Pakistan di Mansoorah.

Hassan berkata JI adalah salah satunya parti politik Islam yang mengalukan pandangan semua pihak dan sebarang keputusan adalah diambil selepas bersyura.