Menteri Ekonomi Palestin memberi amaran kejatuhan Pihak Berkuasa Palestin (PA)

Jumaat, 21/04/2006 –

Dr Alaadeen Al-Araj (gambar), Menteri Ekonomi PA telah memberi amaran kejatuhan PA jika Amerika dan sesetengah negara lain meneruskan ugutan mereka menghentikan bantuan kepada rakyat Palestin.


Dalam ucapan di bengkel berkenaan krisis kewangan yang dihadapi oleh PA, beliau berkata, “Kita tidak boleh mentadbir tanpa bantuan terus antarabangsa terutama dana yang diperuntukkan untuk menampung belanjawan kerajaan.”.

Menteri tersebut menjangkakan seluruh rantau akan menyaksikan keadaan tidak stabil jika negara-negara tersebut berkeras untuk menghentikan bantuan kewangan.

Beliau menegaskan rakyat Palestin sedang menghadapi keadaan politik dan kewangan yang kritikal dan susah.

Kerajaan Israel dipertanggungjawabkan di atas krisis kewangan Palestin berikutan serangan dan keengganannya membayar wang yang diperuntukkan kepada PA.

Beliau menegaskan lagi akan pentingnya perlaksanaan resolusi sidang Arab, dan meminta Presiden PA dan kerajaan untuk merayu bantuan antarabangsa untuk menekan Israel agar membayar cukai kastam milik PA.

Menteri tersebut juga membentang beberapa cadangan untuk sumber kewangan bagi menampung gaji pekerja dan belanjawan kerajaan.

Kerajaan akan menguruskan pendapatannya melalui polisi reformasi dan menangani pelari cukai, Araj menerangkan. Menteri meminta pekerja sektor awam berpindah ke sektor swasta dan menggalakkan pencen awal.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan akan meningkatkan hubungan dengan dana kewangan dan pembangunan Arab untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam program membangun semula kawasan yang dikendalikan oleh PA.

Perbincangan dana Arab di Morocco semalam memperuntukkan 63 juta dolar kepada PA untuk digunakan dalam projek infrastruktur, beliau berkata.
Tambahan lagi, menteri tersebut berkata kerajaan akan meraih kelebihan daripada produk tempatan dan buatan Arab bagi menggantikan produk Israel.