Haneyya menafikan konvoi keretanya diserang kumpulan bersenjata.

Jumaat, 21/04/2006 –

Ismail Haneyya ,Perdana Menteri Palestin telah menafikan berita mengenai konvoi keretanya diserang oleh kumpulan bersenjata dan menganggap laporan itu sebagai tidak berasas.

Haneyya telah memberitahu PIC melalui perbualan telefon mereka bahawa berita yang berbaur mengenai pendedahan penyekatan bahan keselamatan itu juga adalah khabar angin semata-mata kepada media.

Haneyya juga menegaskan supaya pihak yang terbabit menghentikan penyebaran berita yang tidak benar seperti ini kerana boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat palestin, terutamanya memberikan peluang kepada usaha israel-amerika untuk menghukum seluruh rakyat palestin kerana pilihan demokrasi mereka.

Laporan berita itu juga menyatakan bahawa konvoi perdana menteri yang diserang dua hari lalu itu menyebabkan seorang pengawal keselamatannya cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu,beberapa pengawal keselamatan PA dihadapkan kepada pejabat perdana menteri rabu lalu untuk menyatakan kesetiaan mereka terhadap perdana menteri.

Tiga buah bas pengawal keselamatan dan polis dari Rafah tiba di Gaza untuk menyatakan sokongan meraka kepada kerajaan semasa mereka bermesyuarat bersama Hanneya.

Seorang daripada mereka memeluk Hanneya dan memberikan semua simpanan berlian isterinya kepada beliau untuk melahirkan sokongannya kepada kerajaan pimpinan Hanneya.