PLC menggesa Abbas Tetapkan Masa untuk Dialog Kebangsaan

Isnin, 24/04/2006 –
Speaker Majlis Perundangan Palestin (PLC) Dr Aziz Duwaik menegaskan akan menghantar surat kepada Abbas agar beliau menetapkan satu masa dan pertemuan dengan semua kumpulan Palestin bagi menerangkan dan berbincang krisis ekonomi Palestin.

Cadangan itu diusul oleh Dr Aziz selepas persidangan PLC mengenai krisis tersebut. Mereka juga telah berbincang mengenai kekurangan bekalan makanan di Tebing Gaza dan memikirkan beberapa cara untuk menyelesaikannya.

Dua kumpulan pelajar dari Universiti Baitullaham dan Univeristi Terbuka Quds berjumpa dengan setiausaha PLC Dr Mahmoud Al-Ramahi dan mereka diberitahu mengenai misi dan fungsi PLC dan krisis yang sedang dialami oleh Palestin.

Dr Aziz berkata perwakilan Hamas tidak memerlukan pas khas untuk melepasi pemeriksaan di pos-pos kawalan tentera Zionis dengan senang dimana mereka akan bersama rakyat marhaen yang menghadapi masalah melepasi dan perlu tunggu lama sebelum ke tempat masing-masing.