Hamas dan Fatah Sepakat Tingkatkan Kerjasama

Isnin, 24/04/2006 –

Setelah lewat tengah malam, akhirnya diperolehi kesepakatan antara gerakan pejuang
Hamas dengan Fatah berkaitan dengan ketidaksefahaman antara kedua-dua belah pihak
dalam tempoh dua hari ini.


Pertemuan tersebut diketuai oleh delegasi Mesir, dimana kedua belah pihak menyeru rakyat Palestin untuk menghentikan semua bentuk tindakan yang boleh menyebabkan kekacauan di dalam negeri. Mereka juga bersepakat untuk sama-sama meningkatkan penyatuan nasional, kerana hanya dengan penyatuan tujuan bersama bangsa Palestin
akan dapat dicapai.

Kedua belah pihak menegaskan tentang peri pentingnya semua pihak saling bantu membantu dalam menghadapi sekatan ekonomi terhadap rakyat Palestin.

Para delegasi sama ada Hamas mahupun Fatah bersepakat peri pentingnya menghormati
para pemimpin rakyat di samping menjauhi bahasa-bahasa perpecahan, tuduhan dan
pernyataan-pernyataan yang tidak berfaedah.

Kedua belah pihak juga menyeru untuk terus melakukan kerjasama pembentukan pertubuhan nasional yang mengutamakan budaya dialog dalam setiap permasalahan yang dihadapi.

Para delegasi Hamas dan Fatah meminta kabinet dan pihak presiden untuk meningkatkan perhubungan dan kesefahaman antara mereka, agar terbentuk koordinasi antara semua badan kerajaan demi kepentingan rakyat Palestin.