Abu Hilal : Kita tidak akan diperasugut oleh samseng, penjenayah.

Isnin, 24/04/2006 –

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pihak Berkuasa Palestin (PA), Khaled Abu Hilal telah menerangkan bahawa kementeriannya telah memberi kuasa penuh kepada kelengkapan keselamatan PA dan sayap bersenjata pertahanan Palestin yang lain dengan cara bekerjasama dengan mereka untuk menghalang mereka yang melanggari undang-undang.


Kenyataan Abu Hilal berpunca daripada temuramah melalui telefon dengan PIC, di sebalik percubaan oleh sesetengan elemen bersenjata yang ingin mememcah masuk kementerian kesihatan sebelum dipatahkan oleh polis PA dan anggota Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, dalam usahasama pertama menghalang jenayah di Semenanjung Gaza.

Jurucakap tersebut menyatakan, “Pada masa kini, kita mempunyai kepimpinan yang terang dan yakin, oleh itu, kami tidah akan membenarkan sebarang kumpulan, di bawah sebarang nama, untuk memerasugut kami, sementara ramai sayap bersenjata Palestin menyatakan sokongan penuh mereka terhadap polis PA.”

Satu kumpulan bersenjata yang mengaku komponen Fatah menyerbu kementerian dengan tujuan memaksa menteri menandatangi arahan perubatan percuma kepada salah seorang daripada mereka untuk menerima rawatan perubatan di Mesir.

Khaled Radhi, jurucakap kepada kementerian, menegaskan bahawa menteri telah menolak permintaan kumpulan tersebut kerana tidak sah dan menyebabkan sebahagian daripada mereka yang berada di tingkat bawah bangunan kementerian mula menembak ke udara, mencederakan 3 rakan mereka.

Sebahagian daripada Pasukan Gerak Khas kementerian dalam negeri dan polis tiba di tempat kejadian dan menahan sebahagian daripada penjenayah tersebut, sementara yang lain sempat melarikan diri.