Bin Laden : komen terhadap HAMAS

Isnin, 24/04/2006 –

Buat pertama kalinya, Usamah Ben Laden muncul di rakaman videonya di al-Jazeera membuat ualasan mengenai HAMAS. Menurut Usamah, keengganan barat mengiktiraf kerajaan HAMAS di Palestin merupakan salah satu daripada siri peperangan salib di zaman moden ini. Menurut beliau lagi, ianya adalah peperangan salib tajaan kristian dan Zionis terhadap umat Islam.


Di dalam perkembangan yang lain pula, Alain Gresh, editor majalah Le Monde Diplomatique Peranchis menempelak sikap barat terhadap HAMAS. Menurut beliau, sikap tersebut amat tidak demokratik memandangkan HAMAS telah dipilih oleh rakyat menerusi saluran demokrasi. Gresh juga menafikan bahawa HAMAS adalah sebuah pertubuhan pengganas. Gresh menegaskan pendapatnya di dalam salah satu siri wawancaranya oleh islam online.