AS mengenakan tekanan keatas bank-bank untuk menyekat pindahan wang.

Selasa, 25/04/2006 –

Diplomat Barat dan pegawai Palestin mengumumkan bank-bank serantau dan antarabangsa, dengan tekanan dariapda AS, tidak dibenarkan untuk memindahakan dana daripada pihak penderma kepada kerajaan pimpinan Hamas.

Pegawai AS berkata, ?Pentadbiran Bush akan mengambil tindakan keatas bank-bank yang berurusan atau memberi perkhidmatan terus kepada kerajaan PA yang baru?.

Pihak Washington dan Tel Aviv melancarkan kempen untuk mengasingkan kerajaan PA manakala para pegawai Amerika secara terbuka mengarahkan bank-bank untuk tidak berurusan dengan Pergerakan Hamas sekiranya tidak mahu dikenakan penalti.

Nabil Amre, seorang perunding untuk ketua PA, Mahmoud Abbas, berkata, terdapat amaran kepada bank-bank untuk tidak menjalankan urusan berkaitan pemindahan wang kepada warga Palestin atau pihak PA.

Merujuk keada undang-undang Amerika, mana-mana bank yang tidak mahu bekerjasama dengan AS untuk menyekat sumber kewangan kepada kerajaan Palestin sekarang akan dibekukan asetnya di Amerika dan tidak akan dibenarkan untuk memasuki pasaran saham Amerika.

Di dalam perkembangan yang lain, beberapa orang pakar ekonomi menuduh menteri kewangan sebelum ini dan menteri parlimen sekarang, Salam Fayadh, telah menyebabkan ekonomi Palestin didalam keadaan berhutang.

Pakar-pakar itu juga menuduh dana kewangan antarabangsa telah berkomplot dan menyembunyikan pencabulan dalam bajet umum Palestin semasa Fayadh menjadi menteri kewangan dengan kerjaan yang lalu.

Mereka berkata kepada akhbar Saudi, Al-Watan, bahawa polisi kewangan Fayadh menjurus kepada keadaan dimana ekonomi Palestin berada dalam keadaan berhutang dan akan menyebabkan mereka tunduk kepada arahan AS-Israel.