Laporan: Israel menahan 1,200 bawah umur sejak awal 2010

Jumaat, 03/06/2011 – Satu laporan yang dikeluarkan pada Selasa mendedahkan peningkatan mendadak dalam pertelingkahan antara polis Israel dan warga Palestin di Baitulmuqaddis, terutamanya di daerah Silwan dan Al-Issawiyya.

Laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi Hak Asasi Israel (ACRI) itu melaporkan bahawa sejak awal 2010, polis telah menahan 1,200 rakyat Palestin yang disyaki membaling batu manakala 760 orang masih dalam tahanan. Lebih kurang satu pertiga daripada yang ditahan telah didakwa dan dipenjarakan sehingga tamat perbicaraan, menurut ACRI.

“Jurang besar di antara jumlah remaja yang disoalsiasat dan yang didakwa menimbulkan kesangsian rakyat Palestin, yang percaya bahawa kebanyakan penangkapan dan soalsiasat tersebut disengajakan untuk menakutkan para remaja,” demikian menurut laporan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati