Gesaan tingkatkan Baitulmaqdis protes untuk peringati penjajahan di Tebing Barat.

Jumaat, 03/06/2011 – Persatuan Belia Muslim (MYA) telah mengumumkan beberapa agenda yang akan berlangsung di beberapa buah bandar di Tebing Barat bagi memperingati ulangtahun ke-44 penjajahan Masjid Al-Aqsa, Timur Baitulmaqdis dan seluruh Palestin secara amnya.

MYA menegaskan dalam satu kenyataan yang dibuat pada Ahad lalu; “Pada 5 Jun 1967, tentera rejim Zionis telah menjajah wilayah-wilayah yang masih hak Palestin, Bukit Golan dan Sinai supaya kita (rakyat Palestin) hidup selama 44 tahun dalam kehinaan dan malu. Hari ini kami telah memutuskan untuk mencapai kemenangan.”

“Sebagai memperingati penjajahan ke atas Baitulmaqdis, Masjid Al-Aqsa dan Tebing Barat, kami menyeru ditingkatkan keazaman untuk membebaskan wilayah tersebut serta penduduknya, dan bangkitlah menentang penjajah kuku besi,” kata MYA lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa