Ketua Hakim Palestin mengutuk letupan di Mesir

Rabu, 26/04/2006 –

Sheikh Tayseer Rajab Al-Tamimi, ketua hakim syarie Palestin, menyatakan bahawa letupan di bandar peranginan Dahab malam semalam yang mengakibatkan kematian rakyat Mesir sebagai ?tindakan teroris?.

Didalam kenyataannya yang merujuk kepada insiden itu, beliau berkata motif disebalik letupan itu adalah untuk mencederakan rakyat Mesir dan penyokong strategik Palestin.

Beliau menambah pengeboman itu bertentangan dengan prinsip Islam yang menghormati kehidupan manusia. Rakyat Palestin yang menderita disebabkan pencerobohan Israel dan keganasan yang berterusan berasa dukacita dan berdoa kepada Allah s.w.t. untuk melindungi dan menjaga Mesir yang menyokong Islam dan pelindung kepada isu-isu nasional Arab.