Resheq nafikan usaha rundingan pertukaran tahanan

Rabu, 08/06/2011 – Ahli biro politik Hamas, Ezzet Al-Resheq telah menafikan kenyataan akhbar yang mendakwa satu rundingan pertukaran tahanan antara gerakannya dan Israel akan dilaksanakan.

Beliau mengatakan kerajaan penjajah Israel adalah bertanggungjawab terhadap penangguhan rundingan itu. Tambah beliau, rundingan itu masih belum dapat dilaksanakan kerana kedegilan kerajaan itu. Sumber-sumber memberitahu PIC bahawa sejumlah komander bersenjata Hamas tiba di Kaherah untuk membincangkan rundingan tersebut yang diketuai oleh Briged Qassam, namun kedegilan Israel menghalang rundingan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati