Menteri Amerika ke Tel Aviv Bincang Lanjutkan Embargo Ekonomi

Rabu, 26/04/2006 –

Timbalan Menteri Kewangan Amerika yang bertanggungjawab terhadap
anti teroris akan berkunjungg ke Tel Aviv untuk melakukan tindakan embargo (sekatan)
ekonomi lebih lanjut kepada Palestin.

Kunjungan Cetrut Leivi, Timbalan Menteri Kewangan Amerika ke Tel Aviv Selasa
(25/04) akan berlangsung beberapa hari dan akan bertemu dengan para pegawai atasan
Israel.

Sumber Israel mengatakan, perbincangan yang dilakukan oleh pihak Amerika ini adalah
berkenaan melanjutkan embargo ekonomi terhadap Palestin yang akan diambil oleh
kerajaan Amerika Syarikat.

Sementara itu, sebuah laporan rahsia dewan strategi ketenteraan Israel yang
disiarkan oleh harian Israel, Haaretz menyatakan bahawa negara-negara Timur Tengah
akan berusaha memiliki senjata nuklear jika Iran berhasil memilikinya. Sementara itu
Israel akan tetap menutup kepemilikan senjata nuklearnya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.