Kementerian Pelajaran Akan Bina 23 Sekolah

Khamis, 27/04/2006 –

Dr. Nasseruddin Al-Sha’er, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Palestin berkata kementerian beliau akan membina 23 buah sekolah dengan bantuan kewangan dari Bank Pembangunan Islam (IDB).

Beliau berkata demikian dalam seidang media dan projek 14 juta dolar itu akan digunakan untuk keperluan mendesak dalam mendidik anak-anak Palestin. Beliau berterima kasih kepada IDB atas usaha berterusan mereka dalam pembangunan Palestin.

Sementara itu Menteri Buruh, Mohamed Al-Barghouthi, berkata kementerian telah memutuskan untuk memperbaharui kontrak 759 pekerja sehingga Jun depan.