Haneyya Minta EU Kaji Semula Sikapnya Terhadap Palestin

Khamis, 27/04/2006 –


Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyya dalam sidang keempat hari Selasa (25/4) mengatakan, bantuan kewangan dari Liga Arab masih dalam perbahasan untuk dimasukkan sebagai cadangan gaji kepada para pegawai Palestin pada tahun ini.

Dalam pada itu Haneyya meminta Kesatuan Eropah (EU) untuk mengkaji kembali sikapnya
serta membuka dialog dengan pemerintah Palestin dalam rangka melanjutkan proses keamanan di kawasan terbabit. Beliau menegaskan bahawa pihaknya bersedia memenuhi semua undang-undang dan peraturan yang ada.

Pernyataan ini disampaikan Haneyya dalam sidang keempat di bandar Gaza dan Ramalah
melalui sidang video. Dalam kesempatan itu,Haneyya mengecam tindakan serangan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin dan mengutuk tindakan ganas dan kejam terhadap dua aktivis gerakan syuhada al-Aqsa di Baitullaham.

Haneyya turut mengecam tindakan Israel yang memisahkan wilayah utara Tebing Barat
dari wilayah lainnya. Tindakan tersebut sebagai usaha pemecahan wilayah Palestin
menjadi beberapa wilayah kecil.

Haneyya juga menayangkan beberapa tindakan yang berlaku di beberapa tempat di Semenanjung Gaza yang dilakukan beberapa kelompok atas nama warga Palestin. Namun begitu beliau memuji langkah Abu Mazen dan beberapa rakannya di Mesir yang telah
berusaha semaksima mungkin cuba menyelesaikan krisis yang terjadi di Palestin.

Haneyya menyeru semua rakyat Palestin untuk sentiasa memelihara persatuan nasional
sambil merapatkan saf. Beliau menjelaskan halangan dan ujian yang dihadapi bangsa Palestin sekarang sangat berat. Seperti masalah al-Quds, tembok perkauman, tawanan, dan pelarian. Beliau menyeru rakyat Palestin agar tidak tenggelam dalam perpecahan,kembali kepada masalah pokok. “Tidak ada pilihan lain bagi kita kecuali dialog”, katanya.