Israel membunuh dan mencederakan ramai lagi rakyat Palestin

Jumaat, 28/04/2006 –


Tentera penceroboh Israel membunuh 2 orang warga Palestin di Jalur Gaza pada hari Khamis dengan menyerang dan menggunakan peluru berpandu yang dilancarkan dari helikopter semasa mereka berada di dalam kereta di tengah Jalur Gaza.

Sumber Polis menyatakan helikopter bersenjata Israel menembak beberapa butir peluru berpandu ke arah 2 buah kereta yang bergerak dari Dir al Balah ke al-Zawaydeh bahagian selatan bandar Gaza, dan memusnahkannya serta mencederakan 2 orang.
Salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Wael Nassar, 28 tahun, mengalami kecederaan manakala seorang lagi didalam keadaan kritikal.

Tentera penceroboh Israel telah meningkatkan polisi pembunuhan mereka, dan mengambil kesempatan diatas ketiadaan protes daripada antarabangsa.

Menurut tentera penceroboh Israel, serangan itu disasarkan kepada kumpulan penentang yang dalam perjalanan untuk melancarkan serangan kearah penempatan Yahudi di kawasan itu.

Walau bagaimanapun, sumber yang rapat daripada pertubuhan Jihad Islam berkata, disamping mengakui 2 orang tersebut ada kaitan dengan kumpulan penentang itu, mereka menolak dakwaan kenyataan Zionis itu dan melabelkan sebagai ?informasi yang salah?.

?Apabila mereka membunuh seseorang di sini, mereka akan berkata yang dibunuh itu akan melancarkan peluru berpandu ke arah Zionis?, kata pegawai Jihad Islam di Gaza.

Kumpulan Jihad Islam berkata mereka akan menuntut balas di atas kematian itu tidak lama lagi.
?Mereka (Israel) telah berhadapan dengan kami di Tel Aviv baru-baru ini. Mereka tahu kami akan menunaikan janji-janji kami apabila kami mengucapkannya, dan kami berjanji akan menyerang dan menyakiti mereka!?

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.