Jepun Tidak Menghentikan Bantuannya Kepada Palestin

Jumaat, 28/04/2006 –
Sumber-sumber diplomatik Palestin menegaskan bahawa Jepun belum memutuskan bantuannya kepada rakyat Palestin dan belum menghentikan projek-projek
yang mereka biayai di wilayah Palestin.

Penegasan ini disampaikan oleh Walid Shiyam, Duta Besar Palestin di Jepun dalam suratnya kepada Perdana Menteri, Ismael Haneyyah. Surat ini adalah respon daripada berita yang disiarkan di media massa mengatakan bahawa Jepun membekukan
bantuan-bantuannya kepada pemerintah Palestin. Dalam surat tersebut ditegaskan bahawa berita tersebut tidak sahih dan hanya untuk kepentingan beberapa buah negara.

Shiyam mengutip sumber ucapan pihak kerajaan Jepun bahawa semua projek yang telah
dipersetujui akan segera dilaksanakan sesuai dengan keputusan yang telah dibuat.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Negeri Palestin menafikan sekeras-kerasnya< berita yang mengatakan bahawa terdapat penyelewengan dana oleh Menteri Luar Negeri, Dr. Mahmod Zehar ketika melakukan lawatan ke sejumlah negara Arab. Jurucakap tersebut menegaskan bahawa berita itu jauh dari kebenaran dan hanya bertujuan untuk mencemarkan dan menafikan pencapaian besar Zehar dalam siri lawatannya ke beberapa buah negara Timur Tengah.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.