Kumpulan Berhaluan kanan mengkritik undang-undang kerakyatan Israel

Isnin-19 Julai 2004–MassejOnline: Amnesty International pada hari Selasa lepas telah mengeluarkan satu laporan yang mendakwa undang-undang kerakyatan Israel sebagai “satu bentuk diskriminasi bangsa yang diinstitusikan berdasarkan kepada etnik dan kerakyatan”


Aljazeera Online menyebut bahawa undang-undang Israel telah menyebabkan penduduk Arab Israel yang mempunyai surat pengenalan yang sah terpaksa tinggal secara haram dengan pasangan mereka (dari Palestine) di Israel atau berpindah sahaja ke Tebing Barat dan Gaza yang dijajah. Bagi mereka yang tetap bertegas untuk tinggal di Israel selepas berkahwin, pasangan Palestine
mereka tidak dilindungi oleh insuran kesihatan atau mendapat hak sosial dan “setiap hari dibayangi ketakutan ditangkap atau dipisahkan daripada pasangan mereka dan juga anak-anak”.

Ketua perkhidmatan keselamatan Shin Beth, Avi Ditcher telah memberitahu menteri-menteri Israel bahawa perkahwinan antara Arab-Israel dan rakyat Palestin telah menyebabkan 100,000 penduduk Palestin dapat tinggal di Israel sejak sedekad lalu.

Beliau juga mendakwa golongan tersebut serta anak-anak mereka juga telah terlibat dalam sekurang-kurangnya 26 kes serangan anti-Israel, namun tiada bukti didedahkan.

Adalah dianggarkan sebanyak 20% rakyat Israel terdiri daripada etnik Arab.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.