Perdana Menteri PA menyampaikan takziah kepada suami Etaf Zalat melalui telefon

Rabu, 03/05/2006


Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, mengucapkan takziah kepada suami Etaf Zalat yang terbunuh ditangan tentera IOF Isnin lalu melalui telefon.

Tentera IOF membunuh ibu yang berumur 45 tahun itu semasa serangan di bandar Tulkarm selepas mengepung rumah tiga tingkat di mana aktivis yang dikaitkan dengan Briged Quds, sayap bersenjata Pergerakan Jihad Islam, bersembunyi di tingkat bawah.

Sumber tempatan menyatakan peluru tentera IOF terkena kepala Zalat sementara anak perempuannya, Ahlam, 21 dan Ansam, 18, cedera dan dikejarkan ke hospital untuk diberikan rawatan. Iyad Mohamed Abdullah, 30, seorang ahli didalam Briged Quds telah ditahan manakala ahli-ahli yang lain berjaya melarikan diri daripada ditahan.