Waed menyeru Merkel, Sarkozy untuk memastikan pembebasan 7000 rakyat Palestin berjalan dengan adil

Selasa, 28/06/2011 – Persatuan Tahanan Waed di Gaza telah menyeru Canseler Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy agar membantu memantau proses pembebasan 7000 tahanan Palestin oleh Israel seperti seruan-seruan yang berulangkali terhadap Gaza agar membebaskan tentera Israel Gilad Shalit.

Merkel dan Sarkozy telah menggesa agar membebaskan Shalit ketika persidangan krisis kewangan Greece, sekaligus memainkan peranan dalam rundingan pertukaran dengan Hamas. Shalit yang ditahan 5 tahun lalu, merupakan warganegara Israel dan Perancis. Jerman pula merupakan penasihat dalam cadangan terkini tentang pertukaran tahanan antara Israel dan pejuang Gaza.

Persatuan Waed menyalahkan para ahli politik Eropah kerana bersikap tidak adil dan prejudis serta gagal mengambilkira penderitaan lebih daripada 7000 tahanan perang dan politik Palestin yang termasuk wanita dan kanak-kanak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati