Mesh’al bertemu Menteri Luar Turki di Istanbul

Selasa, 28/06/2011 – Khaled Mesh’al, Pengerusi Biro Politik Hamas semasa lawatannya ke Turki pada hari Rabu (22 Jun) sempat bertemu dengan beberapa orang pimpinan Turki yang membincangkan pembangunan semula Palestin dan persetujuan rekonsiliasi antara Fatah dan Hamas.

Mesh’al yang tiba di Istanbula pada hari Rabu disambut oleh Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, dan barisan pegawai di kementerian dan berdialog tentang isu Palestin, persoalan untuk menyatukan barisan-barisan Palestin dan hubungan serantau negara terjajah itu.

Menurut stesen televisyen NTV, kehadiran Mesh’al adalah bertembung waktunya dengan kedatangan Presiden Fatah di Ramallah, Mahmoud Abbas ke Ankara. Namun para diplomat Turki mengesahkan bahawa, “tiada sebarang temu janji untuk berjumpa di antara Mesh’al dan Abbas.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen