Haneyya: Kenyataan Abbas bercanggah dengan semangat perpaduan

Selasa, 28/06/2011 – Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haneyya berkata pada Rabu lepas bahawa kenyataan terbaru yang dibuat oleh Ketua PA, Mahmoud Abbas adalah bercanggah dengan semangat perpaduan negara yang telah pun ditandatangani oleh semua pergerakan Palestin di Kaherah pada penghujung Mei lalu.

Haneyya berkata ketika merasmikan sekolah bagi orang-orang pekak yang seumpamanya di Gaza, bahawa kenyataan itu adalah bercanggah dengan semangat perpaduan. Abbas bertegas untuk melantik Salam Fayyad yang ditolak oleh Hamas, sebagai ketua kerajaan perpaduan. Kenyataan ini bercanggah dengah perjanjian perpaduan sebelumnya yang menyatakan bahawa ketua kerajaan hendaklah dipersetujui sebulat suara oleh semua pergerakan Palestin yang terlibat. Hamas mengkritik kenyataan Abbas itu dan percaya bahawa (jika Salam Fayyad mengetuai kerajaan), penahanan rakyat akan terus berlaku.

Haneyya dengan tegas mengatakan bahawa hasrat Fatah untuk melantik Fayyad adalah perlanggaran terhadap perjanjian perpaduan. Beliau turut menafikan kenyataan yang dibuat oleh perunding Fatah, Azzm Al-Ahmed berhubung dakwaan Hamas mencalonkan Jamal Al-Khudari sebagai ketua kerajaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa