Ar-Rashq : Hamas dan Fatah belum sepakati siapa Perdana Menteri

Khamis, 30/06/2011 – Ahli Biro Politik Hamas, Ezzat Ar-Rashq menyatakan bahawa sehingga sekarang belum lagi terdapat kesepakatan berkenaan nama calon Perdana Menteri untuk kerjaan bersepadu Palestin.

Ar-Rashq menambah : “dalam perjumpaan terbaru antara Hamas dan Fatah di Kaherah beberapa nama telah dinaik calonkan untuk Perdana Menteri, yang telah disenarai pendek menjadi 4 nama (iaitu Dr. Mazen Sanqart, Dr. Muhammad Mustoffa, Dr. Yahya Siraj dan Ma’mun Abu Shahla), tetapi persepakatan untuk siapakah bakal Perdana Menteri belum dicapai, yang sepatutnya diadakan seminggu selepas pencalonan nama dalam perjumpaan yang dihadiri saudara Mahmoud Abbas dan Khaled Mesha’al, namun perjumpaan yang dijadualkan ini telah ditangguhkan oleh Fatah.”

Ar-Rashq dalam sidang media menafikan laporan beberapa media bahawa nama yang telah dipersepakati adalah Dr. Muhammad Mustoffa, dan menekankan bahawa perjumpaan di Kaherah adalah amat penting untuk menentukan siapakah Perdana Menteri dan barisan menteri lain dan ini perlu dilakukan oleh semua Hamas, Fatah dan faksi-faksi Palestin, dan bukan ditentukan oleh satu pihak sahaja.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen