Mahkamah PA jatuhkan hukuman ke atas 5 kadet Hamas

Khamis, 30/06/2011 – Sebuah mahkamah yang dikuasai pergerakan Fatah di Bandar al-Khalil pada Selasa lalu telah menjatuhkan hukuman 1 ½ tahun ke atas 5 kadet hamas, termasuk seorang kadet yang masih ditahan di penjara rejim Zionis. Perkara ini merupakan tamparan hebat kepada perjanjian perpaduan Palestin.

Jawatankuasa bagi keluarga tahanan-tahanan penjara memaklumkan dalam laman Facebooknya bahawa Nabil al-Natshe yang kini berada di dalam tahanan rejim Zionis turut dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tersebut. Bahagian pencegahan dan keselamatan PA telah menahan keempat-empat kadet terbabit di dalam penjaranya sejak 6 bulan lepas manakala perbicaraan mereka telah beberapa kali ditangguh atas alasan-alasan tertentu dan yang terakhir adalah pada minggu lepas.

Sementara itu, natashe telah ditahan oleh pihak tentera rejim Zionis sejurus selepas PA membebaskannya setelah menerima tekanan media dan kumpulan hak asasi manusia memandangkan beliau mengalami kanser leher serta menderita sakit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa