Menyamar: Senjata Ampuh Tangkap Aktivis Palestin

Khamis, 30/06/2011 – Terdapat pihak yang menyamar, pura-pura berdemonstrasi bersama warga Palestin. Ia bertujuan untuk mengacau, menangkap atau menganiaya mereka yang berdemonstrasi di Al-Quds terjajah. Dan hal ini ia berlaku hampir setiap hari.

Walaupun sebahagian warga Palestin mengetahui tipu daya yang dilancarkan pasukan khas Zionis ini, namun oleh kerana penyamar zionis terlalu ramai hingga menyulitkan para aktivis Palestin untuk mengenalinya. Ini menyebabkan ramai diantara orang Palestin yang ditangkap tentera Zionis.

Dalam tindakannya untuk menentang perjuangan Palestin dan mengejar para aktivis, tentara Zionis menggunakan pelbagai cara, sama ada dengan menggunakan cara yang lama mahupun yang baru. Menyamar adalah salah satu cara Zionis yang ampuh untuk menangkap para aktivis Palestin. Mereka terus mengembangkan usaha penyamaran ini, setelah mereka belajar dari kesalahan atau kegagalan sebelumnya.

Seorang pejuang Hak Asasi Manusia Al-Quds, Muhammad Abdurrahman berpendapat, tindakan menyamar ini merupakan bukti nyata tentang “logik jahat” Israel yang telah keluar dari semua undang-undang kemanusiaan. Orientasinya adalah menangkap para aktivis Palestin ketika melakukan aksi demonstrasi. Pada ketika yang sama mereka membunuh para buruan yang dicari secara kejam, seperti berlaku kepada para aktivis intifadah Al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : osman