Malaysia hantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB supaya menyokong Flotilla Kebebasan II

Khamis, 30/06/2011 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menghantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon supaya menyokong Flotilla Kebebasan II (FF II) yang membawa barang-barang bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau membuat kenyataan yang disiarkan oleh media di Malaysia pada hari Isnin lepas, bahawa armada tersebut hanya bertujuan untuk menghantar bantuan kemanusiaan demi meringankan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.

Beliau juga mencadangkan supaya PBB menghantar wakil-wakilnya untuk memeriksa kapal-kapal dan para sukarelawan yang terlibat, bagi menjadi saksi kepada masyarakat dunia dan khususnya rejim Zionis bahawa armada tersebut hanya membawa barang-barang bantuan kemanusiaan. Katanya lagi, aktivis-aktivis Malaysia yang bersama-sama dengan beratus-ratus lagi sukarelawan antarabangsa dari pelbagai Negara akan turut berada di dalam armada tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa