PBB menggesa tembok pemisah dirobohkan, Washington membantah


New York, 21/7/2004, al-Jazeera ? Majlis Umum PBB bersepakat meminta Israel menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang telah memutuskan untuk Israel segera merobohkan tembok pemisah yang mereka bina di
Tebing Barat.


Seramai 150 ahli Majlis Umum ? termasuk semua ahli Kesatuan Eropah (EU)- telah mengundi menyokong keputusan ICJ itu dan menggesa agar Israel mematuhinya dengan segera. Enam buah negara, termasuk Amerika Syarikat pula membantah ketetapan tersebut, manakala 10 yang lain memilih untuk tidak mengundi.

Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang pada awalnya sukar mencapai kata sepakat akhirnya bersetuju sebulat suara untuk menyokong ketetapan tersebut dengan suara majoriti sejurus sebelum undian di kalangan anggota PBB diadakan.Amerika Syarikat pula dengan tegas membantah ketetapan tersebut dengan alasan, ianya diputuskan secara tergesa-gesa dan penuh bias.

Bagi pihak Israel pula, ketetapan Majlis Umum PBB itu bukanlah sesuatu ketetapan yang wajib dipatuhi, bahkan ianya sama seperti keputusan ICJ yang lebih bersifat pandangan semata-mata. Walau bagaimanapun bagi rakyat Palestin, keputusan itu telah cukup untuk memberikan tekanan politik
terhadap Israel dan Amerika dan juga sebagai sokongan psikologi terhadap nasib mereka.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.