Categories
Berita Semasa

Freedom Flotilla 2 menuju Gaza

Sabtu, 09/07/2011 – Konvoi Eropah untuk kepungan Gaza memberitahu bahawa kapal Sweden-Norway, salah satu Flotilla 2 berjaya mengatasi segala kehendak protokol Greece yang bertujuan untuk menghalang pelayaran kapal tersebut ke Gaza, yang berlaku selepas insiden sabotaj enjin kapal yang disyaki dilakukan oleh kumpulan luar Israel.

Konvoi itu, salah sebuah perintis projek Flotilla, berkata dalam kenyataan yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin berkata : ‘para jurutera dapat membaiki kerosakan kapal, selain turut melepasi syarat-syarat yang dikehendaki oleh pihak Greece untuk memberi kebenaran turut serta dalam konvoi Freedom Flotilla.” Kapal ini akan menyusul Kapal Dignity Perancis.

Kapal Sweden-Norway yang disertai aktivis keamanan termasuk setiausaha parlimen Sweden, memulakan perlayaran petang Rabu (6 Julai) dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain di sekeliling Greece sebagai persediaan sebelum menuju ke Gaza selepas upacara selamat tinggal oleh para menteri dan ahli parlimen Greece.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen