Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu kawasan Issawiya, serang pemuda-pemuda dengan kejam

Selasa, 12/07/2011 – Beberapa orang pemuda Palestin dari kawasan Issawiya yang terletak di Baitulmaqdis yang dijajah, mengalami kecederaan yang serius malam tadi selepas sepasukan tentera rejim Zionis (IOF) secara tiba-tiba menyerbu kawasan penempatan mereka serta melepaskan tembakan ke arah mereka.

Menurut saksi-saksi kejadian, seorang mangsa yang dikenali sebagai Ahmed Al-Masri cedera teruk di lehernya ketika dia berada berdekatan dengan tempat kerjanya. Sementara itu, beberapa orang anggota rejim Zionis yang tidak berpakaian tentera mengepung 3 orang pemuda Palestin ketika pertempuran meletus sebaik sahaja pasukan-pasukan IOF menceroboh Issawiya.

Menurut saksi-saksi, dalam tindakan drastik bagi mempertahankan diri, pemuda-pemuda Palestin terbabit telah membaling batu dan bom buatan sendiri ke arah pasukan IOF yang terus-meanerus menembak peluru getah, gas pemedih mata serta bom tangan ke arah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa