Sukarelawan Palestin untuk memantau pergerakan tentera rejim Zionis


Gaza, 21/7/2004, islamonline.net ? Tindakan rejim Zionis Israel yang berulang-ulang kali menceroboh dan merobohkan perumahan-perumahan rakyat Palestin di Gaza telah menimbulkan satu kewaspadaan di kalangan rakyat Palestin.

Sekumpulan rakyat Palestin yang prihatin telah secara sukarela memantau pergerakan tentera rejim Zionis di sempadan di antara Gaza dan juga kawasan
yang diperintah sepenuhnya oleh Yahudi (yang dipanggil sebagai Israel) untuk memastikan jika ada rombongan tentera-tentera rejim yang menuju ke mana-mana penempatan rakyat Palestin di Gaza.

Mereka kemudiannya akan menghubungi rakan-rakan mereka untuk memberitahu rakyat Palestin yang lain agar bersiap sedia untuk menyelamatkan diri mereka. Kumpulan ini tidak mahu kejadian yang menimpa saudara-mara mereka sebelum ini berulang lagi. Beberapa minggu yang
lepas, seorang tua yang kurang upaya telah mati dihempap tembok rumahnya yang telah dirobohkan oleh tentera-tentera rejim Zionis.

Kumpulan sukarelawan ini menganggap tugas mereka sebagai satu jihad terhadap umat Islam dan langkah pro aktif di dalam menyelamatkan nyawa saudara-mara seagama mereka di Gaza. Mereka juga menempatkan ahli-ahli mereka di pos-pos
tentera Israel dan juga penempatan-penempatan Yahudi demi memamntau pergerakan tentera-tentera rejim.

Kumpulan ini juga dianggotai oleh anak-anak muda dari pelbagai fraksi penentangan. Mereka tidak dibayar gaji, malah melakukan usaha mereka secara
sukarela demi negara dan agama mereka.

Sukarelawan membantu mengurangkan kesan buruk
hasil dari pencerobohan Israel