Categories
Berita Semasa

Jadi gelandangan setelah rumah di paksa roboh.

Rabu, 12-02-2020 – Majlis perbandaran Israel di Baitulmaqdis Terjajah telah memaksa sebuah keluarga Palestin menjadi gelandangan selepas memaksa mereka merobohkan rumah mereka sendiri di kawasan kejiranan Jabel Mukaber, di Tenggara kota suci.

Keluarga Al-Dabs berkata mereka telah melaksanakan perintah mahkamah Israel untuk membakar rumah mereka dalam tempoh masa 12 hari, sambil menambah bahawa mereka terpaksa mematuhi perintah tersebut untuk mengelak daripada terpaksa membayar perbelanjaan perobohan kepada pihak berkuasa rejim Zionis.

Keluarga berkenaan telah bertahun-tahun mencuba untuk mendapatkan lesen untuk rumah mereka dan telah menanggung segala perbelanjaan undang-undang serta terpaksa membayar penalti sebanyak 45,000 shekel kerana membina tanpa lesen.

Pihak berkuasa Zionis mendakwa rumah itu dibina secara haram di tanah yang dirampas oleh kerajaan, walaupun keluarga berkenaan mempunyai dokumen sah membuktikan pemilikan tanah tersebut.

Rumah berkenaan, yang dibina empat tahun lalu, didiami oleh lima individu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel sekat ekspot hasil pertanian penduduk Palestin.

Selasa, 11-02-2020 – Menteri Perang Israel, Naftali Bennett mengarahkan supaya keluaran hasil pertanian penduduk Palestin disekat  dari dibawa ke Jordan, Tebing Barat merupakan satu-satunya laluan terus ke pasaran luar.

Akhbar Haaretz memetik Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah Jajahan sebagai berkata bahawa mulai 9hb. Februari, 2020semua hasil pertanian penduduk Palestin tidak dibenarkan di ekspot ke pasaran luar melalui Jordan. 

Langkah itu sebagai satu bentuk sekatan yang diambil pihak rejim ke atas Palestin ekoran tindakan pihak Palestin mengurangkan impot anak lembu dari Israel. Minggu lepas, pihak rejim telah membuat keputusan menghentikan impot hasil pertanian dari Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Facebook memadamkan laman Pusat Maklumat Palestin

Selasa, 11-02-2020 – Pada Sabtu, Facebook memadamkan laman alternatif Pusat Maklumat Palestin (PIC) setelah memadamkan laman rasmi yang mempunyai 5 juta pengikut dan dua laman lain pada Disember sebagai salah satu langkah menghalang kandungan berkaitan Palestin di media sosial.

Pentadbiran PIC berkata yang pemadaman laman itu dilakukan tanpa makluman awal atau amaran sedangkan kandungannya mematuhi peraturan Facebook.

PIC menyeru Facebook agar menarik balik keputusannya dan menghentikan tindakan menghalang sebarang kandungan tentang Palestin di rangkaian antarabangsa. PIC turut menyatakan yang langkah-langkah sewajarnya telah diambil untuk mengembalikan laman itu. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tun M : Pelan perdamaian Trump tidak adil.

Selasa, 11-02-2020 – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed, berkata perjanjian damai Israel-Palestin yang diumumkan oleh presiden Amerika Syarikat Donald Trump adalah “tidak dapat diterima” dan “amat tidak adil”.

“Rancangan itu, yang digelar “Perjanjian Abad Ini”oleh Trump, menyerahkan bulat-bulat bandar suci Baitulmaqdis kepada Israel dengan tidak menghiraukan perasaan berjuta-juta umat Islam dan Kristian di seluruh dunia,” kata Mahathir dalam ucapannya di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

“Perjanjian ini hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di rantau ini, dan akan menimbulkan ketidakpuasan hati berbilion-bilion orang di seluruh dunia,” kata Mahathir pada persidangan ketiga Liga Parlimen al-Quds.

Trump mendedahkan cadangannya di majlis Rumah Putih pada bulan lepas bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Pegawai-pegawai Palestin tidak dirunding mengenai cadangan itu.

Pendekatan Rumah Putih yang membawa kepada rancangan itu telah lama dikritik di peringkat antarabangsa kerana menyediakan Israel dengan kemenangan segera sambil mengorbankan hak Palestin dan aspirasi mereka untuk negara Palestin yang bebas dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Artileri Israel merampas dua tapak Gaza

Selasa, 11-02-2020 – Kereta kebal Israel pada malam Sabtu mengebom dua tapak Palestin di utara Semenanjung Gaza yang dikepung.

Wartawan PIC mengatakan bahawa kereta kebal Israel yang ditempatkan di pagar sempadan di timur Gaza menembak beberapa peluru berpandu di dua lokasi di kawasan utara Jalur Gaza namun tiada kecederaan dilaporkan.

Tentera regim zionis Israel mendakwa bahawa sebelum ini serangan peluru ditembak dari Jalur Gaza ke arah penempatan jiran Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Serangan Udara Dan Tank Israel Sasar Beberapa Lokasi Di Gaza

Selasa, 11-02-2020 – Pesawat tempur dan tank Israel menggempur sejumlah kawasan berbeza di Gaza, Isnin pagi (10/2).

Menurut wartawan kami, sejumlah pesawat Israel melancarkan serangan ke pelabuhan baru di Khanyunis barat menggunakan 3 buah roket. Ia menimbulkan bunyi ledakan kuat dan terdengar di seluruh bandar.

Pesawat tempur Israel melancarkan serangan ke kawasan latihan milik pejuang Palestin di Der Balah barat. Mereka menggunakan dua buah roket secara berturut-turut sebelum kemudiannya disusuli dengan serangan seterusnya.

Sementara itu di Gaza utara, pasukan Israel menembak kawasan latihan milik pejuang dengan menggunakan tank tempur ke Jabalia timur.

Pihak wartawan kami menjelaskan, tiada yang terkorban mahupun cedera akibat serangan tersebut.

Pada petang Ahad, pasukan Israel memaklumkan bahawa sebuah roket ditembak dari Gaza dan jatuh di salah satu penempatan Zionis di sekitar Gaza.

Sejak 2006 Gaza disekat Israel dan ia menimbulkan krisis kemanusiaan di segenap sektor kehidupan. Pelbagai usaha dilakukan untuk menghapus sekatan namun belum belum mencapai kejayaan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Serangan udara Israel yang baru menggegarkan kawasan Gaza

Isnin, 10-02-2020 – Pesawat perang Israel pada subuh Khamis lalu telah melakukan beberapa serangan udara di pelbagai kawasan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, serangan udara menyasarkan kawasan pertanian di timur Rafah, selatan Gaza.

Satu pesawat Israel turut membom kapal pembersihan dekat kem pelarian di barat laut Gaza. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Dua pemuda asal Baitulmaqdis ditahan tanpa sebab dan bicara.

Isnin, 10-02-2020 – Rejim zionis Israel mengeluarkan arahan menahan tanpa bicara dua pemuda asal Baitulmaqdis.

Menurut pihak Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, perintah penjara itu dikeluarkan ke atas Malek Wajeeh Baseet, 20 tahun dan Moatasem Khalil Baseet, 24 tahun.

Polis rejim telah menahan pemuda tersebut tanpa sebab dan tidak mengikut proses undang-undang serta mendakwa bahawa penahanan itu sebagai satu langkah berjaga-jaga.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :
zainudin

Categories
Berita Semasa

3 Syahid dan Puluhan Cedera Dalam Operasi Syahid di Tebing Barat

Isnin, 10-02-2020 – Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Al-Quds berlaku beberapa peristiwa penting dan sangat cepat dalam beberapa waktu terakhir. 3 syuhada gugur syahid, sementara puluhan lainya cedera dalam sejumlah konfrontasi dan pertempuran antara para pemuda dan pasukan Zionis memfokus penduduk awam sebagai sasaran serangan.

14 orang tentera Zionis tercedera ketika mereka menyerbu kota Al-Quds subuh Khamis (6/2). Menurut media Ibrani, sekurang-kurangnya 14 tentera Israel tercedera dalam operasi tahap dua di Al-Quds terjajah.

Saluran 13 televisyen Israel berbahasa Ibrani menyatakan, ambulans tentera membawa 14 orang yang tercedera dari tempat kejadian. Ia menambah, salah seorang yang cedera dalam keadaan kritikal.

Sementara itu saluran televisyen rasmi Israel Kan melaporkan bahawa seorang pemandu kereta melanggar salah seorang tentara Zionis di Al-Quds jajahan.

Saluran televisyen tersebut turut melaporkan dua warga Palestin cuba menikam anggota pasukan Israel di kompleks komersial di kota Hadera dengan pisau lipat milik keduanya.

Dia mengatakan, pihaknya sedang melakukan penyelidikan awal tahap pertama untuk membuktikan niat mereka yang akan melakukan serangan penikaman di kompleks tersebut. Kedua-duanya sudah ditahan oleh pasukan Shin Bet untuk soalsiasat.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Serangan udara pada Subuh menyasarkan kawasan pejuang di Gaza

Jumaat, 07-02-2020 – Pesawat perang Israel pada subuh Rabu membom pos pejuang Palestin yang dimiliki oleh Briged al-Qassam di kota Khan Yunis city, selatan Semenanjung Gaza.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata yang drone Israel melepaskan peluru ke arah pos pejuang Briged al-Qassam di barat Khan Yunis.

Tidak lama kemudiannya, empat lagi peluru berpandu ke kawasan yang sama, mengakibatkan letupan besar. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera laut rejim tembak nelayan di perairan Gaza.

Jumaat, 07-02-2020 – Tentera laut rejim Israel bertindak melancarkan serangan mesin gun ke arah bot nelayan Palestin yang menangkap ikan di pantai bahagian utara Semenanjung Gaza.

Saksi melaporkan bahawa bot rejim yang dilengkapi senjata api mengejar dan melepaskan tembakkan ke arah bot nelayan di perairan utara Gaza serta memaksa mereka kembali ke darat.

Berikutan serangan tentera laut rejim itu, tiga nelayan warga Palestin cedera dan bot mereka rosak teruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Penduduk Haram Israel Ceroboh Tanah Palestin Dekat Qalqilya

Jumaat, 07-02-2020 – Penduduk haram Israel dari penempatan Karnei Shomron pada hari Rabu meratakan tanah Palestin di kampung Jinsafut di wilayah Qalqilya untuk membina unit perumahan baru.

Para petani Palestin di Jinsafut mengatakan bahawa mereka telah kehilangan tanah yang paling subur kepada pengembangan penempatan haram Israel yang menyaksikan peningkatan yang tidak pernah berlaku di kawasan itu.

Penempatan haram Karnei Shomron didirikan pada tahun 1978 atas tanah Palestin yang secara haram dirampas di desa-desa Kafr Laqif, Jinsafut dan Deir Istiya di wilayah Qalqilya Barat Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Al Mahdi : Pertemuan Burhan & Netanyahu bercanggah dengan kepentingan Sudan.

Jumaat, 07-02-2020 – Sadiq al-Mahdi, ketua parti politik Umma, mengutuk pertemuan ketua majlis kedaulatan Sudan Abdul-Fattah al-Burhan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang berlaku di Uganda pada Isnin lalu, mengatakan ia bertentangan dengan kepentingan nasional, negara Arab mahupun kepentingan antarabangsa.

Dalam satu sidang akhbar pada hari Selasa, Mahdi menyifatkan pertemuan oleh pegawai-pegawai Sudan berkenaan sebagai “melanggar garis merah,” amaran bahawa isu ini perlu ditangani dengan bijak, jika tidak ia boleh menular menjadi sumber ekstremisme.

Beliau juga berkata bahawa beliau akan mendapatkan butiran mengenai pertemuan Burhan dengan Netanyahu.

Pemimpin Parti Umma menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai bersifat perkauman kerana memanggil Israel sebagai sebuah negara Yahudi, dan mengatakan bahawa dasar-dasar beliau melanggar semua resolusi antarabangsa mengenai Palestin dan bertentangan dengan konsep keamanan yang adil dan menyeluruh di Timur Tengah.

Di dalam suatu kenyataan lain, Parti Komunis Sudan turut mengecam pertemuan itu, dan menyifatkannya sebagai “pengkhianatan” terhadap rakyat Sudan dan rakyat Palestin.

Berita mengenai pertemuan Burhan-Netanyahu telah mencetus tunjuk perasaan oleh sejumlah besar rakyat Sudan di luar ibu pejabat kerajaan di Khartoum pada hari Selasa. Penunjuk perasaan telah mengutuk perjumpaan itu dan menyifatkannya sebagai “pengkhianatan yang tinggi”.

Jurucakap kerajaan yang juga Menteri Penerangan Sudan, Faisal Mohamed Saleh, mendakwa bahawa kabinet hanya mengetahui mengenai pertemuan tersebut melalui media dan tidak dirujuk terlebih dahulu. “Kami akan menunggu penjelasan lanjut selepas Burhan pulang dari Uganda”, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Israel Dakwa Puluhan Belon Api Dilancarkan dari Gaza

Jumaat, 07-02-2020 – Sumber media Israel pada Selasa malam (4/2/2020) mendakwa bahawa puluhan belon api terlihat di ruang udara wilayah penempatan Israel di pinggiran Semenanjung Gaza.

Saluran televisyen Israel “Kan 11” mengatakan, bunyi ledakan terdengar di wilayah Sderot, disebabkan oleh peledak yang dikaitkan dengan belon api

Sementara itu belon-belon lain kelihatan di Kibbutz Dvir, Lahavim di Negev, Hebron selatan dan di Kibbutz Nir yang berada di pinggiran Semenanjung Gaza.

Sumber media Israel mengatakan, puluhan belon kelihatan di ruang udara pinggiran Gaza dan wilayah selatan dalam pelbagai bentuk dan sarat dengan bahan peledak.

Pada petang Selasa, terdengar dua ledakan kuat di ruang udara Sderot. Awalnya disangka roket, namun diketahui kemudian bahawa terjadi letupan belon.

Surat khabar Israel Yediot Aharonot juga mengatakan, tentera Israel mengerahkan para penembak tepat di sempadan Semenanjung Gaza untuk menghalang belon-belon berpeledak tersebut masuk ke wilayah Israel di pinggiran Semenanjung Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel ceroboh sempadan Gaza

Khamis, 06-02-2020 – Jentolak Israel bersenjata pada pagi Selasa menuju timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, beberapa jentolak keluar dari pos ketenteraan ke kawasan sempadan di timur Khan Yunis dan mula meratakan tanah.

Manakala tentera rejim Israel melepaskan tembakan ke arah para petani yang mengerjakan tanah mereka di timur kota Jabalia utara Gaza. Namun mereka bernasib baik kerana tiada yang cedera dalam serangan tembakan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati