Filem Palestin menangi oskar

Los Angeles, Khamis, 19/01/2006 – Pengarah filem Palestin “Paradise Now”, Hanny Abu Assad telah memenangi oskar “best foreign filem” di pesta filem Golden Globe di Los Angeles, hari ini. Filem tersebut mengisahkan keperitan hidup rakyat Palestin dan juga perjuangan rakyat Palestin yang telah membawanya kepada aksi “pengeboman Syahid”. Hanny yang tidak menyangka bahawa filem yang merupakan filem pertama keluaran rakyat Palestin diterima untuk anugerah yang berprestij itu akan memenangi oskar tersebut.

Read moreFilem Palestin menangi oskar

Muhammad Dahlan : Lebih sudu dari kuah ?

Oleh Maszlee Malik

25 Januari 2006 merupakan tarikh yang dinantikan oleh majoriti rakyat Palestin. Tidak kira samada mereka yang tinggal di dalam Palestin 1948 (Israel), ataupun mereka yang tinggal di Gaza dan Tebing Barat, mahupun mereka yang tinggal di kem-kem pelarian Palestin di negara-negara jiran seperti Lubnan, Jordan dan Syria.Tidak keterlaluan juga jika dikatakan, seluruh dunia juga turut ghairah menantikan tarikh tersebut. Dari Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), malah rejim Zionis Israel juga berdebar-debar menantikan tarikh tersebut. Itulah tarikh pilihanraya legaslatif Pihak Berkuasan Palestin (PA).

Read moreMuhammad Dahlan : Lebih sudu dari kuah ?