1 Rejim Zionis Mati, 8 Cedera Dalam Pertempuran Terbaru

Rabu ,26/07/2006 –
Seorang askar Israel terbunuh manakala lapan yang lain cedera – antaranya kritikal – dalam satu pertempuran sengit di antara tentera Hizbullah Lubnan dan kumpulan tentera penceroboh regim Zionis berdekatan kedudukan strategik sebuah kampung di Maroun Al-Ras di sempadan, demikian disahkan sumber Hebrew.

Read more1 Rejim Zionis Mati, 8 Cedera Dalam Pertempuran Terbaru

Hizbullah: Siapakah mereka?


oleh : Maszlee Malik

Jika umat Islam sedunia hanya mampu bersedih semenjak rakyat Palestin sekeluarga dibunuh dengan kejam oleh tentera rejim Zionis di Pantai Gaza, kini mereka boleh berasa bersemangat kembali. Serangan-serangan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat pasca kemenangan HAMAS di dalam pilihanraya Majlis Legaslatif yang lalu kini agak terubat. Pertamanya, operasi “al-Wahm al-Mubaddad” (prasangka yang dihapuskan) yang dilancarkan bersama oleh Briged al-Qassam (HAMAS), Alwiyat al-Nasir (Mantan Fatah) dan al-Jaysh al-Islami ke atas pos tentera Zionis di Kufr Abu Salim di dalam Palestin 1948. Operasi yang telah menyaksikan bagaimana pos kawalan tentera itu telah berjaya ditembusi dari bawah tanah dan menyebabkan tiga orang tentera mereka terkorban, tawanan seorang tentera mereka , kecedaraan ramai yang lain serta kemusnahan dua kereta kebal tercanggih rejim Zionis. Operasi tersebut benar-benar telah mengejutkan rejim Zionis yang selama ini menyangkakan bahawa rakyat Palestin lemah dan tidak berupaya menyerang balas.

Read moreHizbullah: Siapakah mereka?

Condoleezza Rice : Jangan Pijak Bumi Palestin !

Selasa ,25/07/2006 –
Semua fraksi Nasional dan Islam Palestin menolak kunjungan Setiausaha US, Condoleeza Rice
ke Palestin. Mereka mengajak semua pihak untuk memboikot kunjungan tersebut ditengah kemarahan
rakyat dunia atas pencerobohan rejim Zionis yang disokong oleh Amerika. Pernyataan ini disampaikan perwakilan
fraksi2 di Gaza pada Ahad (23/07/06).

Read moreCondoleezza Rice : Jangan Pijak Bumi Palestin !

4,464 rakyat Palestin syahid, 47,440 cedera, 9,800 ditahan sepanjang Intifada

Selasa ,25/07/2006 –
Laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Data Kebangsaan PA mengesahkan jumlah rakyat Palesin yang terbunuh sejak Intifada yang dilancarkan pada September 2000 sehingga Jun 2006 mencecah 4,464 termasuk 289 wanita dan 826 kanak-kanak manakala 47,440 yang lain dilaporkan cedera.

Read more4,464 rakyat Palestin syahid, 47,440 cedera, 9,800 ditahan sepanjang Intifada

Hamas Tidak Mengetahui Ada Usaha Gencatan Senjata

Isnin, 24/07/2006 –

Gerakan Hamas menafikan bahawa mereka telah mengetahui berlaku kesepakatan bersama antara
presiden Mahmud Abbas dan faksi-faksi pejuang Palestin berkenaan usaha gencatan senjata sepihak dari
kelompok pejuang Palestin di Genting Gaza, sebagai imbalan dari dihentikan serangan udara tentera
Israel, hari ini Ahad (23/7).

Read moreHamas Tidak Mengetahui Ada Usaha Gencatan Senjata