Erdogan: Tiada Normal dalam Perhubungan Tanpa Permohonan Maaf Israel dan Mengangkat Sekatan Ke Atas Gaza

Selasa, 26/07/2011 – Perdana Meneri Turki, Recep Tayyop Erdogan berkata pada Sabtu bahawa hubungan negaranya dengan Israel berada dalam keadaan yang ‘tidak dapat difikirkan’ melainkan Israel meminta maaf atas kejadian serangan ke atas Flotilla 2010 dan berakhirnya kepungan ke atas Gaza. “Selagi Israel tidak meminta maaf kepada Turki, membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa dan … Read moreErdogan: Tiada Normal dalam Perhubungan Tanpa Permohonan Maaf Israel dan Mengangkat Sekatan Ke Atas Gaza

Cadangan PBB Untuk Mengiktiraf Palestin: Menteri Luar Gaza Bimbang Itu Cuma Eksploitasi Media

Selasa, 26/07/2011 – Dr. Mohammed Awad, Menteri Luar dan Perancangan Kerajaan di Gaza menyuarakan kebimbangannya terhadap kerjasama Presiden Mahmoud Abbas dengan cadangan pengiktirafan oleh PBB hanya merupakan gimik yang tidak menghasilkan keputusan yang baik. Awad menegaskan dalam temuramahnya dengan Agensi Berita Fars Iran bahawa sebarang rancangan untuk ke PBB untuk memohon pengiktirafan mestilah berasaskan kesatuan … Read moreCadangan PBB Untuk Mengiktiraf Palestin: Menteri Luar Gaza Bimbang Itu Cuma Eksploitasi Media

‘Awud : Kami ragu usaha “September” Abbas hanya propaganda media

Selasa, 26/07/2011 – Menteri Perhubungan Luar dan Perancangan Kerajaan Palestin, Muhammad ‘Awud, menyatakan keraguannya terhadap determinasi Presiden PA di Ramallah, Mahmoud Abbas, yang akan dibentangkan kepada UN bulan September depan, untuk mengumumkan negara Palestin 1967, dan menganggap ia hanyalah propaganda media dan “tidak akan membuahkan sebarang hasil”. ‘Awud dalam temubual panjang bersama akhbar Hebrew, Fareetz, … Read more‘Awud : Kami ragu usaha “September” Abbas hanya propaganda media

Konfrontasi ganas selepas rejim Zionis menyerbu kem pelarian Doheisha

Selasa, 26/07/2011 – Pendudukan tentera Israel (IOF) menyerbu kem pelarian Doheisha di Bethlehem dengan enam kenderaan perisai sebelum subuh Ahad dan melepaskan bom sonik apabila mereka sampai ke pinggir. Sumber-sumber tempatan berkata bahawa bunyi letupan-letupan yang membangunkan penduduk dan beberapa pemuda memasuki jalan-jalan untuk menghadapi tentera yang menyerang. Mereka berkata bahawa askar-askar itu bertindak balas … Read moreKonfrontasi ganas selepas rejim Zionis menyerbu kem pelarian Doheisha

Naim: UNRWA Anggap Sebagai Pengganti dan Bukan Agensi untuk Rakyat Palestin

Ahad, 24/07/2011 – Menteri Kesihatan Gaza Bassem Naim berkata bahawa Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNRWA) untuk pelarian Palestin telah mula mempertimbangkan dirinya sebagai pengganti untuk rakyat Palestin dan bukan lagi ejen bagi mereka. Beliau berkata sebab kerana rakyat Palestin tidak membangunkan satu mekanisme untuk memantau prestasi badan tersebut. Naim, yang juga … Read moreNaim: UNRWA Anggap Sebagai Pengganti dan Bukan Agensi untuk Rakyat Palestin

Kerajaan Gaza : Rejim Zionis bertindak seperti lanun ke atas Dignity

Ahad, 24/07/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza mengutuk keras tindakan rejim Zionis yang mengepung satu-satunya kapal yang terlepas daripada tindakan pengharaman flotilla oleh kerajaan Greece dengan menyifatkannya sebagai “lanun maritim Zionis” serta meletakkan juga kesalahan di bahu PBB. 3 buah kapal tentera laut rejim Zionis telah memintas sebuah kapal yang berdaftar dengan Perancis iaitu Dignite … Read moreKerajaan Gaza : Rejim Zionis bertindak seperti lanun ke atas Dignity

Tahanan Palestin Dihantar ke Hospital dalam Keadaan Teruk

Ahad, 24/07/2011 – Pengurusan Penjara Askalan Israel menghantar tahanan Palestin, Atef Wreidat ke Hospital Penjara Ramle dengan kedua tangan dan kakinya bergari selepas keadaan kesihatannya bertambah teruk. Persatuan Tahanan Palestin menyebut dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa Wreidat, 45, berada dalam mogok lapar sejak 12 Jun untuk memprotes keadaan perubatan yang teruk dan tekanan ke … Read moreTahanan Palestin Dihantar ke Hospital dalam Keadaan Teruk

Barkah Desak Lebanon Hapus Darurat Militan Di Kem Nahrul Barid

Ahad, 24/07/2011 – Wakil Hamas di Lebanon, Ali Barkah menerima delegasi warga dari kem Nahrul Barid yang diketuai oleh Muhammad Sayid, salah seorang pemimpin di kem tersebut. Pihak delegasi menjelaskan situasi penderitaan yang dialami warga kem akibat kemusnahan kem empat tahun lalu. Para penghuni kem masih terusir, sementara pemerintah Lebanon tidak memperlihatkan komitmennya sehingga kini, … Read moreBarkah Desak Lebanon Hapus Darurat Militan Di Kem Nahrul Barid

Erdogan mengesahkan lawatannya ke Gaza

Ahad, 24/07/2011 – Perdana Menteri Turki, Recep Erdogan mengesahkan niatnya untuk mengunjungi Semenanjung Gaza pada hujung bulan ini. Media Turki menyebut Erdogan telah memberitahu pemberita sebelum meninggalkan lawatan ke Northern Cyprus dimana jika keadaan sesuai, beliau akan mempertimbangkan untuk melawat Gaza. Beliau berkata bahawa Kementerian Luar Turki kini sedang bersiap sedia untuk lawatan itu dan … Read moreErdogan mengesahkan lawatannya ke Gaza

Jet Zionis serang sekolah di As-Syujaiyah dekat Timur Gaza

Ahad, 24/07/2011 – Jet perang Zionis lewat petang Selasa (19 Julai) melancarkan serangan udara terhadap Gaza. Saksi kejadian melaporkan bahawa jet perang Zionis dari jenis F-16 pada lewat petang Selasa membedil menggunakan bom yang dijatuhkan di kawasan berdekatan Sekolah ‘Umar bin Abdel Aziz, di Timur Hayy As-Syujaiyah dari arah timur Gaza. Saksi tersebut turut menambah … Read moreJet Zionis serang sekolah di As-Syujaiyah dekat Timur Gaza

Hamas mengutuk tindakan Israel sebagai ‘lanun antarabangsa’

Ahad, 24/07/2011 – Hamas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ‘lanun antarabangsa’ ke atas aktivis pro Palestin di atas bot Al-Karama yang cuba memasuki Semenanjung Gaza. Seorang jurucakap tentera Israel mengumumkan bahawa tentera laut Israel memintas ketika bot tersebut menghampiri pantai Gaza pada Selasa. Tentera Israel mendakwa terdapat senjata di atas bot tersebut, namun dinafikan oleh para penumpang. … Read moreHamas mengutuk tindakan Israel sebagai ‘lanun antarabangsa’

Zionis berniat halang Dignity ke Gaza

Rabu, 20/07/2011 – Sumber politik Zionis mengumumkan bahawa tentera laut Zionis tidak akan membenarkan kapal Perancis, Dignitiy, untuk berlayar ke Gaza, melalui perairan Gaza, dan pada waktu yang sama menggesa rangkaian NGO Palestin untuk memberhentikan perjalanan kapal itu secepat mungkin. Sumber itu berkata, dalam kenyataan yang disiarkan oleh radio Hebrew pada hari Isnin (18 Julai) … Read moreZionis berniat halang Dignity ke Gaza

Mahkamah Israel melanjutkan tahanan pentadbiran rakyat Palestin untuk kali ke 4

Rabu, 20/07/2011 – Sebuah mahkamah Israel melanjutkan tempoh penahanan pentadbiran banduan Palestin Ihab al-Qawasimi selama empat bulan lagi untuk kali kelima sejak dia mula-mula ditangkap. Qawasimi ditahan ketika cuba menyeberangi sempadan ke Jordan pada bulan Ogos 2009 kerana dia mahu menghadiri pengebumian bapa saudaranya. Penangkapan dibuat ketika Israel berkempen untuk menahan rakyat Palestin selepas gagal … Read moreMahkamah Israel melanjutkan tahanan pentadbiran rakyat Palestin untuk kali ke 4

Peneroka Haram Yahudi Meratakan Tanah Palestin

Rabu, 20/07/2011 – Peneroka haram Yahudi meranapkan tanah Palestin di kampung Sa’eer, utara bandar Al-Khalil, pada hari Ahad di bawah perlindungan tentera Zionis Israel, kata sumber-sumber tempatan. Pusat penyelidikan di bandar ini berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa peneroka haram ini datang dari penempatan haram berhampiran dan meranapkan kawasan tanah pertanian yang besar. … Read morePeneroka Haram Yahudi Meratakan Tanah Palestin

Dua Pejuang al-Qassam Cedera dalam Serangan Udara Israel

Rabu, 20/07/2011 – Dua pejuang dalam bridget al-Qassam, sayap ketenteraan HAMAS cedera pada pagi Isnin dalam satu serangan udara Israel di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Jurucakap perkhidmatan kesihatan, Adham Abu Salmiya memberitahu Pusat Info Palestin bahawa salah seorang yang cedera berada dalam keadaan yang serius, dan mereka berdua dibawa ke Hospital Eropah di … Read moreDua Pejuang al-Qassam Cedera dalam Serangan Udara Israel