Hamas minta kerajaan PA atasi sekatan di Gaza atau berundur.

Selasa, 20-02-2018 – Pergerakan Hamas mengesa pihak Berkuasa Palestin (PA) berusaha mengatasi sekatan yang membelengu Semenanjung Gaza atau berhenti sahaja dari menjadi kerajaan yang mampu menjaga keselamatan negara dan berupaya membebaskan rakyat Palestin dari masalah kepungan. Menurut satu kenyataan yang dibuat jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum beliau mengecam kerajaan Palestin kerana cuai dalam memenuhi kehendak penduduk … Read moreHamas minta kerajaan PA atasi sekatan di Gaza atau berundur.

Rejim Zionis Menghukum Keluarga Palestin di Al-Khalil

Selasa, 20-02-2018 – Pasukan Tentera Israel (IOF) mengenakan sekatan terhadap keluarga Palestin di bandar Beit Ummar di Al-Khalil sebagai hukuman kerana membaling batu dan koktel Molotov kepada tentera IOF. Wartawan PIC mengatakan bahawa tentera IOF memecah masuk kediaman keluarga Allami dan mengancam mereka untuk mengenakan hukuman sekiranya mereka terus bertindak sedemikian terhadap tentera IOF di … Read moreRejim Zionis Menghukum Keluarga Palestin di Al-Khalil

Israel Tahan 2 Nelayan Gaza

Rabu, 14-02-2018 – Tentera Israel pada pagi Ahad menahan dua nelayan Palestin di luar pantai Gaza. Ketua Kesatuan Nelayan Palestin di Gaza, Nizar Ayyash, melaporkan kepada Quds Press bahawa kapal perang Israel melepaskan tembakan di Tariq dan Ayed al-Sultan ketika mereka menangkap ikan di pantai utara Gaza sebelum mereka ditangkap. Mensasarkan nelayan Palestin di laut … Read moreIsrael Tahan 2 Nelayan Gaza

Pendatang Yahudi cemari makam suci Islam di Kifl Haris.

Rabu, 14-02-2018 – Tentera rejim Israel bertindak memasuki bandar Kifl Haris, utara Salfit, Tebing Barat bagi membantu sekumpulan pendatang haram Yahudi menceroboh sebuah makam yang terletak di bandar tersebut. Menurut kata saksi kepada wartawan PIC, anggota tentera rejim menutup semua laluan masuk ke bandar itu, membuat beberapa sekatan dan menghalang pergerakan penduduk Palestin di kawasan … Read morePendatang Yahudi cemari makam suci Islam di Kifl Haris.

Pertelingkahan tercetus di Beita rentetan dari tuduhan serangan ke atas kenderaan pendatang

Rabu, 14-02-2018 – Pertelingkahan ganas tercetus pada petang Ahad di antara warga Palestin dan tentera rejim Israel (IOF) di bandar Beita, tenggara Nablus. Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang 10 jip IOF beserta jentolak tentera menyerbu kawasan Bir Qouza dekat jalan masuk utama Beita dan menghalang warga Palestin dari meninggalkan atau memasuki bandar itu. IOF … Read morePertelingkahan tercetus di Beita rentetan dari tuduhan serangan ke atas kenderaan pendatang

Perbincangan terkini Hamas-Mesir di Kaherah

Rabu, 14-02-2018 – Perbincangan telah dimulakan antara delegasi Hamas ke Kaherah, yang diketuai oleh ketua Biro Politik Gerakan, Ismail Haneyya, dan Mesir untuk membincangkan hubungan dua hala dan situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza. Akhbar al-Hayat yang berpangkalan di London berkata, memetik sumber-sumber yang berpengetahuan, bahawa perbincangan itu akan menangani isu-isu yang menghalang proses perdamaian, dengan … Read morePerbincangan terkini Hamas-Mesir di Kaherah

Tentera Israel kepung dan tahan budak lelaki warga Palestin di mahkamah tentera di Jenin

Isnin, 12-02-2018 – Tentera Israel menahan seorang budak lelaki 14 tahun, Omar al-Shami di pintu masuk mahkamah tentera Salem, utara Jenin. Sumber ditempat kejadian memberitahu wartawan Palestinian Information Center (PIC), anggota tentera rejim bertindak menutup kawasan mahkamah itu selepas menahan budak tersebut dan menangkap sesiapa sahaja yang berada di situ termasuk keluarga tahanan serta peguam. … Read moreTentera Israel kepung dan tahan budak lelaki warga Palestin di mahkamah tentera di Jenin

Abbas memuji hubungan dua hala di antara Palestin dan Turki

Isnin, 12-02-2018 – Presiden pihak berkuasa Palestin (PA) Presiden Mahmoud Abbas pada Selasa memuji hubungan dua hala istimewa di antara rakyat Palestin dan Turki. Ini disuarakan ketika perjumpaan dengan delegasi Turki yang menyertai pembukaan Program Pemuda al-Quds di kediaman Presiden di Tebing Barat kota Ramallah. Menurut agensi berita rasmi Palestin, Wafa, Abbas menekankan yang Baitulmuqaddis … Read moreAbbas memuji hubungan dua hala di antara Palestin dan Turki

Jentolak Israel Ratakan Kediaman Penduduk Palestin

Isnin, 12-02-2018 – Jentolak Israel telah merobohkan struktur kediaman di bandar Silwan, selatan masjid al-Aqsa pada hari Rabu. Seorang penduduk BaitulMaqdis, Mahmoud Temeh melaporkan bahawa pasukan Israel telah merobohkan rumah anaknya di kawasan kejiranan Ain al-Lawzeh dengan alasan tiada permit pembinaan. Tambahnya lagi, perobohan rumah itu, yang dianggarkan sekitar 110 meter persegi, telah memaksa keluarga … Read moreJentolak Israel Ratakan Kediaman Penduduk Palestin

Penahanan dan kecederaan dilaporkan ketika operasi ketenteraan Israel di Burqin

Khamis, 08-02-2018 – Dua warga Palestin ditahan manakala dua lagi ditembak dengan peluru hidup dan cedera ketika operasi ketenteraan rejim di bandar Burqin barat Jenin. Wartawan berita PIC memetik sumber tempatan menyatakan yang tentera rejim bersurai setelah ditempatkan secara besar-besaran di seluruh kawasan tersebut selama beberapa jam. Operasi itu merupakan sebahagian daripada operasi pencarian seorang … Read morePenahanan dan kecederaan dilaporkan ketika operasi ketenteraan Israel di Burqin

Barisan menteri melakukan bantahan di atas tindakan US memotong bantuan kepada URNWA

Khamis, 08-02-2018 – Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi Palestin melakukan protes diatas keputusan US memotong bantuan kewangan kepada UNRWA dan institusi pendidikan di Palestin. Setiausaha kementerian, Ziad Thaber, menyertai protes berkenaan yang dianjurkan di hadapan ibu pejabat kementerian berkenaan di Gaza serentak dengan protes yang dilakukan di Ramallah, di Tebing Barat. Para pendemonstran menaikkan kain … Read moreBarisan menteri melakukan bantahan di atas tindakan US memotong bantuan kepada URNWA

Tahanan Palestin, umur 61 tahun sambung semula mogok laparnya.

Khamis, 08-02-2018 – Seorang tahanan warga Palestin yang berusia 61 tahun, Rizq al-Rajoub telah memulakan semula mogok laparnya bagi membantah keputusan mahkamah Israel melanjutkan tempoh penahanan tanpa bicara yang dikenakan ke atasnya. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Banduan dan Bekas Banduan, mahkamah tentera Ashkelon telah memanjangkan tempoh penahanan beliau kepada 6 bulan lagi. … Read moreTahanan Palestin, umur 61 tahun sambung semula mogok laparnya.

Rejim Zionis memusnahkan kediaman warga Palestin di timur Nablus

Selasa, 06-02-2018 – Tentera rejim Israel (IOF) pada petang Ahad memusnahkan satu rumah yang sedang dalam proses pembinaan di bandar Beit Dajan timur kota Nablus di utara Tebing Barat. Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang tentera IOF beserta jentolak menyerbu bandar tersebut dan meratakan tiang-tiang rumah warga Palestin tersebut. Sumber tersebut turut menyatakan yang pemusnahan … Read moreRejim Zionis memusnahkan kediaman warga Palestin di timur Nablus

Tunjuk perasaan di Switzerland bantah tindakan Trump terhadap Baitulmuqaddis.

Selasa, 06-02-2018 – Beratus-ratus orang menyertai tunjuk perasaan di bandar Bern, menyuarakan bantahan atas keputusan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan negara itu ke sana. Penunjuk perasaan berarak di tengah-tengah bandaraya yang menjadi ibu kota Switzerland itu dengan membawa kain rentang meminta supaya undang-undang antarabangsa dihormati dan membiarkan rakyat Palestin menentukan … Read moreTunjuk perasaan di Switzerland bantah tindakan Trump terhadap Baitulmuqaddis.

Peace Now : Pengiktirafan terhadap Havat Gilad berisiko untuk memberi ancaman kepada kerajaan haram Israel

Selasa, 06-02-2018 – Gerakan Peace Now yang berpengkalan di Israel memberi amaran pada Sabtu lepas akan risiko dan ancaman yang bakal dihadapi kerajaan Israel dengan pengiktirafan terhadap penempatan Havat Gilad di selatan bandar Nablus, Tebing Barat. Gerakan itu melaporkan sejak insiden 9 Januari lepas yang menyaksikan seorang peneroka haram Israel Raziel Shevac ditembak oleh seorang … Read morePeace Now : Pengiktirafan terhadap Havat Gilad berisiko untuk memberi ancaman kepada kerajaan haram Israel