Parlimen Israel meluluskan undang2 “memecahkan kesunyian”

Khamis, 19-07-2018 – Undang-Undang “Memecahkan Kesunyian” yang dicadangkan Menteri Pendidikan Israel; Naftai Bennett and Menteri Perumahan Israel; MK Shuli Mualem-Refaeli telah diluluskan oleh parlimen Israel pada Isnin lepas selepas pembacaan kedua dan ketiga. Undang-undang berkenaan menyatakan mana-mana pertubuhan hak asasi manusia yang beroperasi tidak selaras dengan objektif pendidikan dan kehendak tentera Israel adalah dilarang bagi … Read moreParlimen Israel meluluskan undang2 “memecahkan kesunyian”

Dua terkorban, seorang parah dalam letupan di Gaza.

Selasa, 18-07-2018 – Satu letupan kuat yang berlaku di Gaza pada pagi Ahad, kelmarin telah mengorbankan dua penduduk Palestin, manakala seorang lagi cedera parah. Letupan itu terjadi beberapa jam selepas kerajaan Mesir mengumumkan persetujuan untuk menjadi orang tengah dalam siri berbalas serangan roket terbaru antara pejuang Palestin dengan pihak rejim zionis Israel. Menurut Kementerian Kesihatan, … Read moreDua terkorban, seorang parah dalam letupan di Gaza.

Tahanan Palestin mulakan mogok laparnya.

Isnin, 16-07-2018 – Tahanan warga Palestin, Rajae Abdul Kader memulakan mogok laparnya selepas pihak jawatankuasa bagi pembebasan awal tahanan di penjara Eshel, Israel membuat keputusan menolak pembebasan beliau yang sebelum ini telah diperintahkan supaya dibebaskan. Peguam yang mewakili Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Yusef Nasasra berkata bahawa pihak jawatankuasa penjara mendakwa keadaan kesihatan Abdul … Read moreTahanan Palestin mulakan mogok laparnya.

Pendakwaraya Israel mulakan dakwaan ke atas pemudi Turki.

Rabu, 11-07-2018 – Pendakwaraya Israel telah membuka fail pendakwaan terhadap seorang warganegara Turki, demikian lapor akhbar harian Israel Haaretz. Ebru Ozkan, 27 tahun ditangkap polis Israel di lapangan terbang Ben Gurion pada 11 Jun, 2017 ketika dalam perjalanan untuk kembali ke Turki atas urusan yang didakwa bertujuan ada kaitannya dengan “kumpulan pengganas”. Kata peguam Ozkan, … Read morePendakwaraya Israel mulakan dakwaan ke atas pemudi Turki.

Israel akhirnya pulangkan 3 jenazah warga Palestin.

Rabu, 11-07-2018 – Mahkamah Tinggi Israel membenarkan tiga jenazah warga Palestin dilepaskan dari simpanan pihak Israel, keputusan yang menolak permintaan keluarga Hadar Goldin, seorang tentera rejim Israel yang sedang dijadikan tebusan oleh pejuang Palestin di Semenanjung Gaza. Keputusan penghakiman itu dibuat berpandukan kenyataan bahawa ia selaras dengan peraturan yang telah diputuskan oleh kabinet Israel yang … Read moreIsrael akhirnya pulangkan 3 jenazah warga Palestin.

Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas wanita Baitulmuqaddis

Rabu, 11-07-2018 – Mahkamah Daerah Baitulmuqaddis pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun setelah menuduh beliau cuba melakukan serangan di Baitulmuqaddis. Jawatankuasa Keluarga Tahanan Baitulmuqaddis berkata yang Fadwa Hamada, 31, telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan didenda 30,000 shekels (hampir $8,000). Polis rejim Israel menahan Hamada pada 12 Ogos 2017 di kawasan Bab al-Amud … Read moreMahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas wanita Baitulmuqaddis

Pusat Anti-Normalisasi Palestin Mengutuk Saluran AlArabiya di atas Liputan Media Pro-Israel

Rabu, 11-07-2018 – Pusat Anti-Normalisasi Palestin dengan tegasnya mengutuk sebuah filem dokumentari yang memaparkan sejarah penubuhan entiti Zionis. Pusat Anti-Normalisasi Palestin mengecam sekeras-kerasnya apa yang dipanggil sebagai “media Nakba (bencana)”, dan menyatakan bahawa filem yang disiarkan oleh saluran berita AlArabiya itu memusnahkan fakta sejarah dan kebenaran. Pusat itu berkata bahawa saluran media tersebut hanyalah bertujuan … Read morePusat Anti-Normalisasi Palestin Mengutuk Saluran AlArabiya di atas Liputan Media Pro-Israel

Khatib: Lawatan menteri-menteri Israel adalah satu tindakan merbahaya

Selasa, 10-07-2018 – Mantan timbalan ketua gerakan Islam Palestin Sheikh Kamal al-Khatib menyifatkan pencerobohan para menteri dan ahli parlimen Israel ke atas Masjid al-Aqsa pada Ahad sebagai satu tindakan merbahaya. Al-Khatib berkata dalam kenyataan akhbar yang pencerobohan ini akan mencetuskan lebih banyak keganasan di tempat suci itu. “Sempena ulangtahun pertama protes ke atas pemasangan pengesan … Read moreKhatib: Lawatan menteri-menteri Israel adalah satu tindakan merbahaya

Israel akan membolehkan peneroka haram memiliki tanah melalui undang2 baru.

Selasa, 10-07-2018 – Sebuah akhbar Israel melaporkan bahawa jawatankuasa perundangan di parlimen Israel akan mengkaji proses perundangan bagi membenarkan peneroka haram Yahudi memiliki hak ke atas tanah di Tebing Barat. Ahli parlimen Israel tidak boleh membincangkan perkara berkenaan dan mengundi bagi melaksanakannya selagimana jawatankuasa berkenaan tidak membentangkannya di parlimen Israel. Menurut akhbar Haaretz, notis kepada … Read moreIsrael akan membolehkan peneroka haram memiliki tanah melalui undang2 baru.

Nono: Israel melakukan pembersihan etnik di al-Khan al-Ahmar

Isnin, 09-07-2018 – Pegawai Hamas al-Nono, penasihat media kepada biro politik Hamas, Ismail Haneyya, berkata tentang pengusiran keluarga warga Palestin yang tinggal di kawasan kaum Badwi terutamanya di al-Khan al-Ahmar menggambarkan keganasan dan tindakan pembersihan etnik oleh Israel. Dalam kenyataannya pada Khamis, Nono memuji keberanian keluarga-keluarga warga Palestin mempertahankan tanah dan kediaman mereka di al-Khan … Read moreNono: Israel melakukan pembersihan etnik di al-Khan al-Ahmar

Sheikh Salah bebas bersyarat.

Isnin, 09-07-2018 – Mahkamah Majistret Israel di utara bandar Haifa membuat keputusan untuk membebaskan ketua Pertubuhan Pergerakan Islam, Sheikh Raed Salah dengan syarat ketat di mana beliau perlu sentiasa berada di dalam wilayah Garisan Hijau dan dikenakan tahanan di dalam rumah. Peguam beliau, Khaled Zabarqa berkata bahawa mahkamah Israel memutuskan untuk membebaskan anak guamnya itu … Read moreSheikh Salah bebas bersyarat.

Netanyahu benarkan MP Israel masuki Masjidil al-Aqsa.

Jumaat, 06-07-2018 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membenarkan ahli parlimen Knesset memasuki Masjidil al-Aqsa setelah dua setengah tahun ia tidak dibenarkan. Menurut sumber media Israel, Netanyahu telah menulis surat kepada speaker dewan Knesset Yuli Edelstein meminta supaya ahli parlimen dibenarkan masuk ke dalam masjid tersebut sekurang-kurangnya sekali bagi setiap tiga bulan. Pada Oktober 2015, … Read moreNetanyahu benarkan MP Israel masuki Masjidil al-Aqsa.

Tembakan dilaporkan dekat Ramallah

Jumaat, 06-07-2018 – Satu serangan tembakan berlaku pada petang Selasa dekat penempatan Beit El utara bandar Ramallah di tengah Tebing Barat. Sumber media Hebrew mendakwa yang sekumpulan pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah penempatan Beit El dekat Ramallah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, sumber itu menyatakan dan menambah yang satu operasi ketenteraan besar-besaran dilancarkan di kawasan … Read moreTembakan dilaporkan dekat Ramallah

Kesatuan Pekerja UNRWA menyeru diadakan protes

Rabu, 04-07-2018 – Kesatuan Pekerja UNRWA di Gaza menyeru para pekerja kecemasan yang diugut untuk dipecat dan para guru agar memprotes pemotongan baru perkhidmatan di ibu pejabat UNRWA di Gaza pada Rabu. Dalam kenyataan pada Isnin, kesatuan itu menekankan penolakan mereka atas keputusan pengurangan itu dan menyokong bantahan dan protes berkaitan. Kesatuan itu menyelar UNRWA … Read moreKesatuan Pekerja UNRWA menyeru diadakan protes