Rejim Zionis menyerbu kem pelarian Balata di Nablus

Khamis, 16-08-2017 – Rejim Israel (IOF) melakukan serbuan besar-besaran ke atas kem pelarian Balata di timur Nablus pada subuh Khamis. Sebuah rumah diserbu dan digeledah dan seterusnya mencetuskan pertelingkahan ganas. Tentera rejim dikerahkan ke seluruh kejiranan di kem tersebut tanpa mendedahkan sebab-sebabnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Polis Israel Serang Rakyat Palestin dan Pengawal Masjidil Aqsa

Jumaat, 11-08-2017 – Polis Israel menyerang rakyat Palestin di Bab al-Majlis berhampiran Masjid al-Aqsa pada malam Ahad. Sumber tempatan melaporkan bahawa mereka diserang ketika cuba membawa hadiah ke Masjid al-Aqsa sebagai persiapan untuk festival yang akan diadakan di dalam kompleks tersebut.

Seorang pengawal Masjid al-Aqsa diserang sementara seorang lagi bernama Imran al-Rajabi ditangkap oleh polis Israel di Bab al-Silsila. Menurut wartawan PIC, puluhan ribu rakyat Palestin mengambil bahagian pada hari Ahad dalam rantaian manusia yang panjang di halaman Masjid al-Aqsa bersama sepanduk yang menyokong tanah suci dan mengutuk pelanggaran Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Baitulmuqaddis: Perkumpulan perpaduan bersama keluarga yang dihalau dari kediaman

Jumaat, 11-08-2017 – Penduduk Palestin pada petang Sabtu mengambil bahagian dalam perkumpulan perpaduan yang diadakan di kawasan Sheikh Jarrah di Jajahan Yerusalem di luar rumah keluarga Shamasneh yang dipaksa pindah dari kediamannya.

Pihak berkuasa penjajah Israel di bandar suci mendakwa rumah itu milik pendatang Yahudi dan menuntut keluarganya untuk mengosongkannya. “Persatuan solidariti ini diadakan untuk menyokong keluarga al-Shamsneh dan keluarga lain yang terancam oleh pengusiran,” kata Sheikh Ikrima Sabri, ketua Suruhanjaya Tinggi Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Kementerian beri amaran bekalan makanan di Gaza semakin berkurangan.

Jumaat, 11-08-2017 – Ketua Pengarah Bahagian Perancang Dasar, Kementerian Pertanian Palestin, Nabil Abu Shammala menyatakan bahawa bekalan makanan di Semenanjung Gaza kini telah jatuh ke paras 70%.

Kenyataan beliau yang disiarkan menerusi temubual atas talian menjelaskan, penurunan secara mendadak dan menghampiri tahap membimbangkan itu berkait rapat dengan kuasa membeli dan pendapatan perkapita penduduk yang semakin menurun serta kadar pengangguran tinggi akibat sekatan sejak 11 tahun lalu.

Beliau menyatakan, kementeriannya telah melaksanakan strategi yang memantau pergerakan jual beli di pasaran, diikuti tindakan menyekat impot barangan yang sama dengan keluaran tempatan dan sebaliknya, hanya mengimpot barangan perlu sebagai suatu langkah menjadi negara Autarky atau ekonomi mampu diri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Israel menutup pejabat al-Jazeera di Baitulmuqaddis

Jumaat, 11-08-2017 – Rejim Israel pada Ahad mengumumkan penutupan pejabat rangkaian TV al-Jazeera di Baitulmuqaddis dan membatalkan kelayakan para wartawannya. Menteri Perhubungan Israel, Ayoob Kara, berkata yang keputusan itu berdasarkan tindakan beberapa negara Arab yang baru-baru ini menutup pejabat al-Jazeera dan menyekat kerja mereka. Ayoob menambah, “Kami mahu mewujudkan kerjasama ekonomi dan perjanjian damai dengan negara-negara tersebut.”

Pada bulan lepas, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menuduh al-Jazeera mencetuskan keganasan ketika membuat liputan tentang ketegangan terkini di Baitulmuqaddis tentang langkah keselamatan Israel di Masjid al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

141 rakyat Palestin ditangkap oleh tentera Israel di selatan Tebing Barat

Jumaat, 11-08-2017 – Seramai 141 orang warga Palestin dari selatan Tebing Barat telah diculik oleh Tentera Israel (IOF) yang mensasarkan rakyat Palestin yang tidak mempunyai dokumen.

Menurut kenyataan oleh tentera Israel, pihaknya sedang meningkatkan pencarian hingga ke Etzion, selatan Bethlehem,
dalam usaha untuk memburu “penduduk haram.” Setakat ini 141 rakyat Palestin telah ditangkap, di antaranya 38 dikatakan sebagai “penduduk haram”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Mahkamah Israel Lanjut Tahanan Pimpinan Hamas

Isnin, 07-08-2017 – Mahkamah Israel melanjutkan perintah tahanan tanpa bicara terhadap pemimpin Hamas di bandar Nablus, Adnan Asfour, selama empat bulan. Penahanan itu dilanjutkan untuk kali keempat berturut-turut. Pasukan pendudukan Israel menahan Asfour pada April lepas. Beliau telah meringkuk lebih dari sebelas tahun di penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Bardawil: Kami mahu hubungan dengan Qatar dan Turki terus kekal.

Isnin, 07-08-2017 – Ahli Biro Politik Hamas, Salah al-Bardawil menyatakan bahawa pergerakan itu tidak akan mengubah prinsip dan akan mengekalkan hubungan baiknya dengan Qatar dan Turki. Ia sebagai tanda pihak Hamas menghargai peranan kedua-dua negara yang menyokong rakyat Palestin.

Menurut Bardwail sebagaimana yang dinyatakannya kepada Quds Press, pergerakan itu, baru-baru ini telah memulakan perbincangan dengan pemimpin Fatah, Mohammad Dahlan bagi menangani isu perpaduan dalam negara dengan sebaik mungkin dan juga mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah Semenanjung Gaza yang terkepung sejak sedekad lalu.

Beliau turut menyatakan bahawa Hamas fokus untuk memperkukuhkan perjuangan mereka dan dalam masa sama berkerja keras menentang sekatan yang banyak menyusahkan penduduk Gaza yang terkepungan itu. Setiap hari, ramai yang sakit akhirnya mati akibat kekurangan bekalan ubat-ubatan atau tidak boleh meneruskan perjalanan keluar kerana pintu sempadan ditutup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Wakil Rusia: Hamas ialah gerakan kebangsaan

Isnin, 07-08-2017 – Hamas adalah merupakan gerakan pembebasan kebangsaan dan Moscow tidak menganggapnya sebagai pertubuhan pengganas, Duta Rusia ke Tehran, Levan Dzhagaryan berkata pada Selasa.

Melaporkan dari Tehran, seorang wartawan PIC berkata Dzhagaryan memberitahu wakil Hamas di Iran, Khaled al-Kaddoumi, yang Hamas ialah sebuah gerakan pejuang kebangsaan dan merupakan salah satu wakil Palestin yang sah. Duta Rusia itu menekankan tentang sokongan negaranya terhadap kebaikan rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Pencerobohan warga Israel ke atas Masjid Aqsa meningkat

Isnin, 07-08-2017 – Pencerobohan warga Israel ke atas Masjid al-Aqsa mencatat rekod tertinggi beberapa hari lepas. Ianya adalah jumlah tertinggi dalam tempoh 5 tahun semenjak bilangannya direkodkan.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Temple of Solomon, 1,046 pendatang Yahudi memasuki Masjid al-Aqsa pada Selasa lepas. Ianya melepasi jumlah yang direkodkan bulan sebelumnya yang mana angka maksimum hanya mencapai 900 orang.

Peningkatan ini berpunca dari kempen besar-besaran yang dilakukan Persatuan Temple of Solomon yang menggesa pendatang Yahudi melawat masjid suci umat Islam itu secara besar-besaran. Warga Israel menyatakan ianya adalah sempena memperingati penghancuran Temple of Solomon pada setiap 9 Ogos setiap tahun mengikut kalendar Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Penduduk Haram Israel Curi Batu Arkeologi Dalam Kawasan Palestin

Rabu, 02-08-2017 – Penduduk haram Israel dari pos Ariel pos mencuri batu arkeologi di kampung al-Shajara, utara Salfit. Menurut saksi kejadian, jentolak Israel menyusun batu arkeologi tersebut yang digunakan sebagai penghalang jalan di Khirbet al-Shajara.

Penyelidik Khaled Maali berkata kampung itu telah terpisah disebabkan oleh pembinaan dinding apartheid Israel, sambil menambah bahawa beberapa langkah seperti itu telah dilakukan oleh peneroka dan pihak berkuasa Israel sejak kebelakangan ini. Maali berkata penyelewengan arkeologi dan batu asas dari kampung itu melanggar undang-undang dan perjanjian kemanusiaan antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Pemuda Palestin meninggal dunia akibat cedera yang disebabkan oleh Israel

Rabu, 02-08-2017 – Seorang pemuda Palestin disahkan meninggal pada petang Khamis akibat kecederaan yang dialami ketika pertelingkahan dengan tentera rejim. Kementerian Kesihatan Palestin mengenalpasti beliau sebagai Mohamed Fathi Kan’an, 27 tahun yang ditembak di kepala oleh tentera rejim di bandar Hizma 3 hari sebelumnya. Pemuda itu kemudiannya dikejarkan ke Kompleks Perubatan Palestin di mana beliau menghembuskan nafas terakhir.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Tentera Israel keluar perintah lanjut tempoh duduki sebuah rumah di Qalqilya.

Rabu, 02-08-2017 – Tentera rejim penjajah Israel melanjutkan tempoh menduduki rumah milik Mohammad Hussein yang terletak di bandar Azzoun, Timur Qalqilya. Rumah beliau diguna sebagai tempat peninjau bagi tujuan mengawasi pergerakan harian penduduk di situ.

Menurut seorang aktivis Palestin, Hassan Shbeita yang tahu betapa ganasnya tentera rejim telah memberitahu Quds Press bahawa tentera rejim masuk dengan memecahkan pintu dan kemudiannya melarang penghuni dari memasuki rumah itu serta menghalang jiran berdekatan dari menghampirinya.

Awal Julai lalu, pihak tentera Israel telah merampas rumah tersebut untuk dijadikannya pos tentera. Pada pagi Khamis kelmarin seperti yang dimaklumkan, pemilik dibenar mengambil semula rumah tersebut. Bagaimana pun, seorang pegawai tentera Israel memberitahu beliau bahawa satu surat perintah yang baru telah dikeluar untuk menangguhkannya sehingga ke hari Rabu, minggu depan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Netanyahu memberi amaran menutup pejabat Al Jazeera di Jerusalem

Rabu, 02-08-2017 – Perdana menteri Israel, Benjami Netanyahu memberikan amaran keras dan mengugut untuk menutup stesen Televisyen Al-Jazeera pada Rabu lepas sambil menyatakan stesen televisyen berkenaan menggalakkan keganasan di bandar tersebut.

Memetik dari facebook Netanyahu dalam bahasa Ibrani, beliau menyatakan “Stesen televisyen Al-Jazeera secara berterusan menggalakkan keganasan di kawasan sekitar masjid al-aqsa”.

Beliau turut menyatakan “Saya telah menyatakan berulang kali kepada badan penguatkuasa untuk menutup pejabat al-Jazeera di Jerusalem. Jika ianya tidak berjaya dilakukan kerana faktor undang-undang, saya sendiri akan mengusulkan satu dasar bagi menghalau al-Jazeera keluar dari Israel”.

Pemimpin tertinggi Israel mengadakan pertermuan pada 12 Jun 2017 bagi membincangkan kemungkinan menutup pejabat al-Jazeera di Jerusalem. Pertemuan berkenaan dihadiri pemimpin tertinggi Shin Bet dan pihak berkuasa Israel yang lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Rejim Zionis Rampas Tanah Palestin di Al-Khalil

Jumaat , 28-07-2017 – Rejim Zionis merampas empat ‘dunum’ tanah Palestin di selatan bandar al-Khalil di selatan Tebing Barat. Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa tentara IOF meratakan banyak tanah, yang dimiliki oleh keluarga Amer, untuk membina sebuah menara tentera di daerah tersebut. Tentera IOF memecah masuk rumah penduduk Bader al-Zaru dan menakutkan anak-anaknya. Rejim Zionis berhasrat untuk mewujudkan sebuah penempatan di kawasan itu selepas merampas tanah bersebelahan dengan menara tentera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Suara Peduli Palestin