EU ulangi pendirian tegas kesalahan Israel bina penempatan haram.

Rabu, 18-11-2020 – Kesatuan Eropah mengulangi pendirian tegas mereka berhubung penempatan haram dan aktiviti perluasan dilakukan pihak rejim Israel di wilayah Palestin. Pendirian kesatuan itu dinyatakan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad lalu oleh Josep Borrel, Wakil Tertinggi bagi Hal Ehwal dan Dasar Keselamatan EU berikutan rancangan baharu pihak rejim Israel di penempatan … Read moreEU ulangi pendirian tegas kesalahan Israel bina penempatan haram.

Rejim Zionis beri tempoh 8 hari kepada keluarga Sabbagh untuk tinggalkan kediaman di Baitulmuqaddis

Rabu, 18-11-2020 – Rejim zionis (IOA) telah memberikan keluarga Sabbagh (composed of five families) tempoh sehingga 24 November untuk mengosongkan rumah mereka di kejiranan Sheikh Jarrah di timur Baitulmuqaddis bagi digantikan dengan pendatang Yahudi. Menurut Gabungan Kebangsaan Perlindungan Hak Palestin, satu mahkamah Israel mengambil keputusan untuk menguatkuasakan arahan pengosongan rumah kepada keluarga Sabbagh (lima keluarga … Read moreRejim Zionis beri tempoh 8 hari kepada keluarga Sabbagh untuk tinggalkan kediaman di Baitulmuqaddis

Lebih 100 Peneroka Haram Cemari Masjid Al-Aqsa Ketika Lawatan Pagi

Rabu, 18-11-2020 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa pada hari Isnin pagi. 111 peneroka, termasuk 75 pelajar dari beberapa institusi Yahudi, memasuki Masjid melalui Pintu al-Maghariba dan melakukan beberapa ritual sebelum berkumpul di kawasan timur kawasan suci Islam tersebut. Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencemaran setiap hari oleh peneroka haram dan … Read moreLebih 100 Peneroka Haram Cemari Masjid Al-Aqsa Ketika Lawatan Pagi

Kumpulan Hak Asasi menuntut Israel untuk menghentikan serangan ke atas Gaza

Rabu, 18-11-2020 – Beberapa kumpulan hak asasi manusia telah menuntut tentera Rejim Zionis Israel untuk menghentikan serangan ke atas ladang ladang di Gaza dan membayar pampasan ke atas kerugian ke atas tanaman mereka. Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh Gisha ( Pusat perundangan untuk Pergerakan Bebas ),  Pusat Hak Asasi Manusia Al-Mezan di Gaza dan Adalah … Read moreKumpulan Hak Asasi menuntut Israel untuk menghentikan serangan ke atas Gaza

Bukairat : Penambahan masa lawatan kepada peneroka haram di Masjid Al-Aqsa adalah tindakan yang bahaya.

Rabu, 18-11-2020 – Sheikh Najeh Bukairat telah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan polis Zionis Israel untuk menambahkan 45 minit masa lawatan kepada peneroka haram Yahudi di Masjid Al-Aqsa adalah langkah yang berbahaya ke arah pemecahan sempadan di tanah suci itu. Dalam kenyataan akhbar, Sheikh Bukairat , Timbalan ketua Pentadbiran Awqaf di Jerusalem telah menjelaskan langkah berkenaan … Read moreBukairat : Penambahan masa lawatan kepada peneroka haram di Masjid Al-Aqsa adalah tindakan yang bahaya.

Rejim Zionis memusnahkan kawasan perniagaan di Bandar Anata.

Rabu, 18-11-2020 – Rejim Zionis Israel pada hari Isnin lepas, telah merobohkan beberapa kawasan perniagaan di Bandar Anata di timur laut Jerusalem. Datuk Bandar Anata, Taha Al-Rifa’iee berkata jentolak yang diiringi oleh tentera telah menceroboh masuk ke jalan utama di timur Anata dan telah merobohkan dua lagi  lot perniagaan. Jentolak Rejim Zionis Israel telah juga … Read moreRejim Zionis memusnahkan kawasan perniagaan di Bandar Anata.

Rejim Zionis menangkap dua orang rakyat Palestin di Beit Ummar

Rabu, 18-11-2020 – Rejim Zionis (IOF) menahan dua orang rakyat Palestin di pintu masuk ke bandar Beit Ummar, di sebelah utara al-Khalil. Muhammad Awad, aktivis media di bandar itu, mengatakan bahawa IOF menangkap bekas tahanan, Mahmoud Ahmed Mahmoud Al-Alami, 19 tahun, dan seorang pemuda lain yang tidak dikenali dan membawa mereka ke destinasi yang tidak … Read moreRejim Zionis menangkap dua orang rakyat Palestin di Beit Ummar

Raed Solah memasuki bulan ke-3 di penjara pengasingan

Rabu, 18-11-2020 – Sheikh Raed Solah, ketua gerakan islam di wilayah 48, hari ini (isnin 16Nov) memasuki bulan ke-tiga di penjara pengasingan di Ashkelon. Sheikh Solah di pindahkan dari Penjara Jalameh ke Penjara Shikma di Ashkelon pada hari pertama beliau di tahan. Pasukan peguam Sheikh Salah memaklumkan beliau telah menderita keadaan penahanan yang sulit sejak … Read moreRaed Solah memasuki bulan ke-3 di penjara pengasingan

COVID-19: 7 Kematian, 976 Kes Baharu di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Selasa, 17-11-2020 – Kementerian kesihatan Palestin pada hari Ahad melaporkan tujuh kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 976 ujian positif baru, dan 585 kes pulih di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir. Menurut laporan harian kementerian, lima dari mangsa baharu yang meninggal dunia akibat virus itu berasal dari kawasan yang … Read moreCOVID-19: 7 Kematian, 976 Kes Baharu di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Rejim Zionis mengeluarkan tender untuk 1,257 kediaman di Timur Baitulmuqaddis

Selasa, 17-11-2020 – Rejim Zionis (IOA) pada Ahad mengeluarkan tender untuk pembinaan 1,257 unit rumah pendatang Yahudi di timur Baitulmuqaddis. Menurut Peace Now, rumah pendatang baru akan dibina di penempatan haram di tenggara Baitulmuqaddis.“Ini merupakan satu tamparan hebat ke atas keamanan dan kemungkinan penyelesaian dua negara. Kerajaan Netanyahu-Gantz government telah ditubuhkan untuk menentang coronavirus tetapi … Read moreRejim Zionis mengeluarkan tender untuk 1,257 kediaman di Timur Baitulmuqaddis

Haniyeh: Pembebasan tahanan adalah proriti

Selasa, 17-11-2020 – Ketua Biro Politik hamas, Ismail Haniyah menegaskan bahawa pembebasan tawanan masih dan tetap menjadi agenda utama gerakan Hamas. Beliau berjanji akan berusaha mengakhiri penderitaan mereka dan membebaskan mereka semua dari penjara tahanan Israel. Hal tersebut di sampaikan oleh Haniyeh menerusi perbualan talipon dengan Samer Yahya Muhammad Darwish (46 thn) dari Nablus yang … Read moreHaniyeh: Pembebasan tahanan adalah proriti

Puluhan pendatang mencemarkan Masjid Aqsa

Isnin, 16-11-2020 – Puluhan pendatang Yahudi pada pagi Isnin mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis dengan dikawal polis. Menurut sumber tempatan, polis rejim Israel menutup Pintu al-Maghariba masjid setelah 83 pendatang berkeliaran di dataran pada waktu pagi. Sejumlah pendatang dilaporkan melakukan ibadat pada waktu pagi. sumber : http://english.palinfo.compenterjemah : Nor idawati

Warga emas Palestin berusia 77 tahun dipukul.

Isnin, 16-11-2020 – Pasukan penjajah Israel Zionis (IOF) pada pagi Khamis menyerang secara fizikal seorang lelaki tua Palestin ketika dia memetik zaitun di bandar Beit Ummar, di utara al-Khalil. Aktivis media tempatan, Mohamed Awad mengatakan bahawa tentera Zionis bertindak kejam dan memukul Mohamed Al-Salibi yang berusia 77 tahun ketika dia mengumpulkan zaitun dari kebunnya di … Read moreWarga emas Palestin berusia 77 tahun dipukul.

Lima kematian akibat korona, 823 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam

Isnin, 16-11-2020 – Kementerian kesihatan Palestin melaporkan lima kematian baru yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus) dan 823 ujian positif baru di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam. Menurut laporan harian kementerian itu, tiga daripada mangsa baru yang meninggal akibat virus tersebut berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat,dan dua dari … Read moreLima kematian akibat korona, 823 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam

7 Pemuda di tangkap dan puluhan tercedera dalam pertembungan dengn penduduk penjajah

Isnin, 16-11-2020 – Pasukan pendudukan penjajah Israel telah menangkap sekurang kurangnya 7 pemuda Palestine dalam satu pertembunganyang berlaku dekat pintu masuk utara kota al-Bireh. Menurut saksi dan beberapa orang wartawan yang berada di tempat kejadian, pasukan penduduk penjajah Israel telah memulakan serangan serta menangkap 7 orang pemuda Palestin. Di laporkan pasukan penduduk penjajah Israel yang … Read more7 Pemuda di tangkap dan puluhan tercedera dalam pertembungan dengn penduduk penjajah