Kapal Israel serang perahu nelayan Palestine di laut Gaza

Isnin, 15-02-2021 – Pasukan penjajah Israel menyerang perahu nelayan Palestine, di laut lepas Gaza. Jawatankuasa Nelayan Persekutuan dalam menyatakan kapal-kapal penjajah Israel menyerang nelayan Palestine di Barat Gaza yang berada 6mil dari pantai. Serangan ini mengakibatkan kerosakan teruk pada perahu nelayan namun tiada korban jiwa. Jurucakap tentera penjajah menyatakan pihaknya berjaya menggagalkan usaha penyeludupan senjata. … Read moreKapal Israel serang perahu nelayan Palestine di laut Gaza

Lapan kematian Corona, 661 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam lepas.

Selasa, 09-02-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Khamis melaporkan lapan kes kematian baru berkaitan COVID-19, di mana 661 kes positif baru dan 419 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam. Berdasarkan laporan harian kementerian, tujuh dari mangsa kematian akibat virus adalah dari Tebing Barat dan satu dari SEmenanjung … Read moreLapan kematian Corona, 661 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam lepas.

IOF memindahkan khemah, mengusir keluarga-keluarga di Himsa al-Fuqa

Selasa, 09-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Rabu menyerbu di dusun Badwi Palestin Khirbet Himsa al-Fuqa di utara Lembah Jordan sekali lagi dan memindahkan khemah-khemah baru yang dipasang oleh para aktivis pada waktu pagi. Pegawai tempatan Abdullah Abu Rahma berkata IOF telah memusnahkan lima khemah di dusun yang miskin itu dan merampas tujuh … Read moreIOF memindahkan khemah, mengusir keluarga-keluarga di Himsa al-Fuqa

Polis Israel lancar kempen penahanan di kawasan Arab.

Selasa, 09-02-2021 – Pada malam Rabu yang lalu, polis telah menahan beberapa orang warga Palestin yang turut serta dalam protes tunjuk perasaan di kawasan-kawasan arab yang berbeza. Ia juga termasuk bandar Tamra di Israel (tanah yang ditawan pada 1938). Sumber tempatan berkata, sekurang-kurangnya 25 pemuda telah ditangkap setelah mereka menyertai perhimpunan tersebut yang diadakan di kawasan Arab … Read morePolis Israel lancar kempen penahanan di kawasan Arab.

Israel Lakukan Percubaan Vaksin Terhadap Tahanan Palestin?

Selasa, 09-02-2021 – Ketua bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Badan Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan di Gaza, Abdun Nasher Farwanah memperingatkan berkaitan tindakan Israel melakukan percubaan vaksin Covid-19 terhadap tahanan. Dalam keterangan akhbarnya, Farwanah mengatakan, “Saya risau tahanan Palestin di penjara Israel akan dijadikan percubaan vaksin Israel, ketika usaha Israel menutup dan menghalang pengawasan antarabangsa.” Farwanah … Read moreIsrael Lakukan Percubaan Vaksin Terhadap Tahanan Palestin?

Netanyahu tunda kunjungan ke UAE dan Bahrain

Selasa, 09-02-2021 – PM Israel. Benjamin Netanyahu mengumumkan menunda kunjungan ke UAE dan Bahrain yang telah di jadualkan pada minggu ini. Netanyahu berkata penundaan tersebut lanjutan dari ‘lockdown’ di Israel.Beliau menyatakan penghargaan atas undangan putera Emeriah Arab Bersatu, Muhammad bin Zayed dan Raja Bahrain, Hmd bin Isa ke atas beliau serta menyifatkan perdamaian bersejarah antara … Read moreNetanyahu tunda kunjungan ke UAE dan Bahrain

IOF akan meratakan tiga kediaman, satu kandang ternakan di al-Khalil

Khamis, 04-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Selasa menyampaikan notis pemusnahan ke atas tiga rumah dan satu kandang ternakan di selatan al-Khalil atas alasan pembinaan tidak berlesen. Pegawai tempatan Rateb al-Jabour berkata, IOF menyerahkan kepada Fawzi Abu Tubaikh empat arahan ketenteraan ke atas tiga rumah dan satu kandang milik beliau di Kawasan Umm al-Amd … Read moreIOF akan meratakan tiga kediaman, satu kandang ternakan di al-Khalil

Peneroka Yahudi berterusan mencemari Masjid Al-Aqsa ketika perintah berkurung.

Khamis, 04-02-2021 – Polis Rejim Zionis Israel pada pagi Rabu membenarkan segerombolan peneroka haram Yahudi untuk mencemari Masjid Al Aqsa ketika perintah berkurung masih dilaksanakan ke atas Tanah Suci Al Aqsa. Mengikut sumber tempatan, peneroka haram memasuki masjid Al Aqsa melalui pintu Al-Maghariba dan menceroboh perkarangan masjid. Ada sumber melaporkan dikalangan peneroka haram Yahudi menjalankan … Read morePeneroka Yahudi berterusan mencemari Masjid Al-Aqsa ketika perintah berkurung.

IOF lancarkan kempen penahanan di Tebing Barat

Khamis, 04-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan beberapa warga Palestin pada subuh Isnin ketika pencerobohan di Tebing Barat. Di al-Khalil, IOF menahan seorang jurutera Ismail Al-Awawda dan Abdel Halim Al-Owawi setelah menyerbu kota Dura. Jurutera Ismail Al-Awawda ialah salah seorang tokoh terkenal di al-Khalil kerana beliau merupakan bekas timbalan ketua Sindiket Jurutera dan berada … Read moreIOF lancarkan kempen penahanan di Tebing Barat

Israel geledah Tebing Barat dan Al-Quds, sejumlah warga Palestine di tangkap

Khamis, 04-02-2021 – Pasukan penjajah Israel melancarkan penggeledahan dan penangkapan sejumlah warga Palestine di beberapa kawasan di Tebing Barat. Di Betlehem, pasukan Israel menangkap 5 warga Palestine dari Kota Taqua dan mengancam untuk mengusir mereka keluar dari kawasan setelah menggeledah dan memeriksa rumah mereka. Sejak awal tahun ini penjajah Israel telah merobohkan 20 lokasi serta … Read moreIsrael geledah Tebing Barat dan Al-Quds, sejumlah warga Palestine di tangkap

Peneroka haram mencemari perkarangan Al-Aqsa.

Rabu, 03-02-2021 – Peneroka haram Yahudi meneruskan pencerobohan harian ke dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pagi hari Selasa dan menjalankan upacara keagamaan Yahudi di bawah perlindungan  polis rejim Israel. Warga Jerusalem melaporkan beberapa kumpulan peneroka memecah masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa walaupun perintah berkurung dikenakan ke atas kawasan tanah suci. Pencerobohan dilakuan dari pintu Maghreba … Read morePeneroka haram mencemari perkarangan Al-Aqsa.

14 Warga Palestin Tebing Barat Diculik Zionis

Rabu, 03-02-2021 – Pasukan penjajah Zionis Israel (IOF) pada subuh Selasa menculik sekurang-kurangnya 14 warga Palestin semasa serbuan di Tebing Barat. Menurut sumber tempatan, IOF menculik lima warga Palestin semasa serbuan di kawasan yang berlainan di Ramallah. Mereka dikenali sebagai Wisam Abul-Saqer, Diya Farroukh, Naseem Odeh, Atta Khattab dan Fadi Amra. IOF juga menculik seorang … Read more14 Warga Palestin Tebing Barat Diculik Zionis

Pemberontak tanam pokok di Al Khalil dan memasang karavan di Salfit.

Rabu, 03-02-2021 – Pada Ahad yang lalu, pemberontak Yahudi telah menanam pokok di sekitar bandar Idna dan Tarqumiya, utara-barat al-Khalil dalam usaha mereka untuk merampas tanah tersebut. Abdel Monei Fatafta, Datuk Bandar Tarqumiya berkata, sekumpulan pemberontak dari penempatan berdekatan yang dibina diatas tanah milik penduduk Palestin, mula menanam pokok Zaitun dan pokok hutan yang lain di daerah Sha’b … Read morePemberontak tanam pokok di Al Khalil dan memasang karavan di Salfit.

Hamas menyeru penentangan ke atas keganasan Israel di Tebing Barat

Selasa, 02-02-2021 – Gerakan Hamas menyifatkan keganasan yang dilakukan polis rejim ke atas seorang pemuda Palestin di selatan Bethlehem seperti “kelakuan penjenayah secara sistematik oleh tentera rejim Israel dan pendatang Yahudi terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.” “Keganasan sedemikian yang diamalkan oleh tentera rejim dan pendatang mencetuskan peningkatan penentangan ke atasnya, menghentikan penyelarasan keselamatan dan … Read moreHamas menyeru penentangan ke atas keganasan Israel di Tebing Barat

Tentera rejim Zionis Israel, merobohkan bangunan di beberapa kawasan Tebing Barat.

Isnin, 01-02-2021 – Rejim Zionis Israel pada hari Isnin lepas telah merobohkan bangunan dan rumah serta mengarahkan kerja pembinaan dihentikan di beberapa kawasan di Tebing Barat. Mengikut sumber tempatan, rejim Zionis Israel menyerbu kawasan perkampungan Zanuta berhampiran kawasn peneroka haram Shim’a di Selatan Al-Khalil dan menyerahkan perintah merobohkan bangunan klinik dan bangunan jawatankuasa kampung. Rejim Zionis … Read moreTentera rejim Zionis Israel, merobohkan bangunan di beberapa kawasan Tebing Barat.