Pejuang Berjaya Jatuhkan Drone Israel di Sempadan Gaza

Khamis, 30-04-2020 – Pejuang Palestin pada Isnin malam (27/4/2020), berjaya menembak jatuh dan menguasai drone Israel di sempadan Semenanjung Gaza. Wartawan berita Arab Quds Press di Semenanjung Gaza mengatakan, “Pejuang Palestin, malam ini (Isnin), berjaya mengendalikan pesawat tanpa pemandu Israel di sebelah timur kota Deir al-Balah (Jalur Gaza tengah) setelah dijatuhkan, dan kemudian dipindahkan ke … Read morePejuang Berjaya Jatuhkan Drone Israel di Sempadan Gaza

Rejim Zionis Culik Peguam Palestin di Pusat Pemeriksaan di Ramallah

Khamis, 30-04-2020 – Pasukan rejim Zionis (IOF) pada hari Isnin lalu telah menahan seorang peguam Palestin di sebuah pusat pemeriksaan berhampiran penempatan Beit El di daerah Ramallah, Tebing Barat. Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Zionis yang ditempatkan di pusat pemeriksaan tentera di utara Kota al-Bireh menahan peguam Amr al-Sal’ous dan memaksanya keluar dari keretanya. Rejim … Read moreRejim Zionis Culik Peguam Palestin di Pusat Pemeriksaan di Ramallah

8 penduduk Palesitn diculik oleh rejim Zionis di Tebing Barat.

Selasa, 28-04-2020 – Pada waktu subuh Khamis yang lalu, Rejim Zionis telah menculik lapan orang pemuda Palestin dari rumah mereka dari sekitar Tebing Barat. Mengikut sumber tempatan, Rejim Zionis telah menculik empat orang pemuda Palestin dari rumah mereka di bandar Bethlehem dan pekan Tuqu.Tahanan tersebut dikenali sebagai Ibrahim al-Huraimi, Murad Abu Ahour, Aan al-Badan dan … Read more8 penduduk Palesitn diculik oleh rejim Zionis di Tebing Barat.

Haneyya mengucapkan tahniah kepada China atas kejayaannya mengakhiri coronavirus

Selasa, 28-04-2020 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya telah menghantar mesej mengucapkan tahniah kepada Presiden China Xi Jinping terhadap kejayaan negara ini dalam mengatasi coronavirus (COVID-19). “Kami turut berkongsi kekaguman terhadap kecekapan, kekuatan dan pengetahuan negara anda dalam berjuang menentang penyakit berbahaya ini,” Haneyya berkata dalam mesejnya.Pemimpin Hamas itu menggesa kepimpinan China agar menyalurkan … Read moreHaneyya mengucapkan tahniah kepada China atas kejayaannya mengakhiri coronavirus

Jumaat Hari Pertama Ramadan Di Palestin

Selasa, 28-04-2020 – Mufti Al-Quds dan Wilayah Palestin sekaligus Ketua Dewan Fatwa, Syekh Mohammad Husain, memaklumkan pada Khamis petang semalam  bahawa Jumaat 24/4 merupakan hari pertama bulan Ramadan penuh berkah. Mufti mengatakan, “Dalam pertemuan bersama Dewan Fatwa Palestin di Masjidil Aqsa untuk menentukan awal Ramadan tahun 1441H ini, ditetapkan bahawa hilal Ramadan sudah kelihatan di … Read moreJumaat Hari Pertama Ramadan Di Palestin

Gaza: Nelayan cedera ditembak rejim Israel.

Jumaat, 24-04-2020 – Seorang nelayan Palestin cedera ditembak tentera laut rejim Israel di luar pantai al-Sudaniyah, utara Semenanjung Gaza. Menurut jawatankuasa tempatan yang terlibat dalam mendokumentasikan keganasan rejim Israel terhadap nelayan Gaza berkata, nelayan berumur 25 tahun yang dikenali sebagai Ziyad Bakir telah cedera terkena peluru getah di kepala menyebabkan mangsa menerima bantuan rawatan perubatan … Read moreGaza: Nelayan cedera ditembak rejim Israel.

Penjajah dipercayai penghidap virus Corona menyerbu bandar Kifl Hares

Jumaat, 24-04-2020 – Puluhan penjajah Yahudi Orthodoks yang disyaki dijangkiti virus Corona, hari ni telah menyerbu bandar Kifl Hares di utara kota Salfit di Tebing Barat dan mereka telah melakukan ritual di kawasan kubur bersejarah. Menurut media Hebrew, virus Corona telah menjangkiti ramai Yahudi yang mengikut mazhab Breslov selepas mereka melawat tapat bersejarah di bandar tersebut pada subuh … Read morePenjajah dipercayai penghidap virus Corona menyerbu bandar Kifl Hares

Ahli Parlimen Zahhar Bantah Undang-undang Israel Baru Bertujuan Merampas Gaji Tahanan

Jumaat, 24-04-2020 – Ahli Parlimen Palestin Mahmoud al-Zahhar menyifatkan undang-undang ketenteraan Israel yang baru mengenai penyitaan wang yang diperuntukkan untuk tahanan Palestin sebagai “pencabulan yang jelas ke atas undang-undang dan nilai-nilai hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.” Dalam kenyataan media pada hari Selasa, Zahhar, seorang pegawai kanan Hamas, mengutuk kegigihan pihak berkuasa rejim Zionis dalam … Read moreAhli Parlimen Zahhar Bantah Undang-undang Israel Baru Bertujuan Merampas Gaji Tahanan

Aruri: Hari pembebasan tahanan makin hampir.

Rabu, 22-04-2020 – Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Saleh al-Aruri menyatakan keyakinannya bahawa “hari di mana tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel kian hampir.” Dalam satu perutusan sempena Hari Tahanan Palestin, beliau berharap dapat melihat tahanan warga Palestin kembali ke pangkuan keluarga serta rumah mereka hujung tahun ini, menjelaskan lagi bahawa tahanan menjadi “sumber rasa … Read moreAruri: Hari pembebasan tahanan makin hampir.

Masjid Aqsa akan terus ditutup sepanjang bulan Ramadhan

Rabu, 22-04-2020 – Dataran Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis akan terus ditutup kepada pengunjung Muslim sepanjang bulan Ramadhan kerana epidemik coronavirus, Dewan Ulama Palestin di kota suci itu mengumumkan pada Khamis lepas. Sejajar dengan fatwa Islam dan arahan kesihatan, Dewan Waqaf dan Urusan Islam & Kota Suci menyatakan ia mengambil keputusan untuk terus melarang para pengunjung … Read moreMasjid Aqsa akan terus ditutup sepanjang bulan Ramadhan

7 Kes Baharu COVID-19 di Tebing Barat

Rabu, 22-04-2020 – Pemerintah Palestin di Ramallah mengumumkan, 7 kes baharu akibat coronavirus tercatat di kota Shuqba, sebelah barat Ramallah, Kafr Kufr utara Al-Quds dan Tulkarem. Total kes adalah  431 orang, 307 orang di Tebing Barat, 13 orang di Gaza, 111 di Al-Quds. Pada sidang akhbar Ahad pagi (19/4) Menteri Kesihatan Palestin mengatakan, kes baru … Read more7 Kes Baharu COVID-19 di Tebing Barat

Polis Rejim Zionis Serang Kediaman Penganut Kristian Palestin di Baitulmaqdis

Rabu, 22-04-2020 – Polis rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah menceroboh beberapa kediaman penganut Kristian Palestin di Baitulmaqdis dan mendenda mereka dengan alasan mereka meraikan upacara Api Suci pada hari Sabtu. Ketua Persatuan Ortodoks Arab di Baitulmaqdis Mousa Jarjou’i mengatakan bahawa polis Israel menyerbu kediaman sejumlah pemuda Palestin dan mendenda setiap seorang 5,000 NIS … Read morePolis Rejim Zionis Serang Kediaman Penganut Kristian Palestin di Baitulmaqdis

Qatar beri Palestin geran bantu hadapi Koronavirus.

Rabu, 22-04-2020 – Bahagian Hal Ehwal Awam kerajaan Palestin berkata, Qatar telah memberi sokongan kewangaan kepada pihak Berkuasa Palestin (PA) bag membantu mereka menghadapi penularan pandemik Koronavirus. Menerusi catatan di Twitter, ketuanya Hussein al-Sheikh menyatakan bahawa kerajaan Qatar memberi lima juta dollar kepada pihak PA dan tambahnya lagi bahawa  pemberian itu adalah bagi kali kedua … Read moreQatar beri Palestin geran bantu hadapi Koronavirus.

Israel Bebaskan Ibu Asyraf Na’alawah Dari Penjara

Isnin, 20-04-2020 – Pemerintah Zionis membebaskan Wafa Naaluh (55 tahun) Ibu As-Syahid Ashraf Na’alawah yang dibunuh tentera Zionis satu setengah tahun yang lalu setelah melakukan operasi serangan di penempatan Barkan, di mana dua penduduk  Zionis terbunuh. Sumber tempatan mengatakan, proses pembebasan ini berlakui di pos pemeriksaan Salem, sebelah barat Jenin, di Tebing Barat utara, tempat … Read moreIsrael Bebaskan Ibu Asyraf Na’alawah Dari Penjara

Pengembala Palestin cedera dalam serangan pendatang di al-Khalil

Isnin, 20-04-2020 – Pengembala Palestin telah cedera pada Rabu apabila beliau diserang oleh para pendatang Israel di bandar Yatta di daerah al-Khalil Tebing Barat. Sumber tempatan melaporkan yang sekumpulan pendatang Israel menyerbu kawasan pertanian di timur Yatta, dengan diiringi oleh tentera rejim serta menyerang pengembala Palestin menyebab seorang daripada mereka cedera.Para pendatang Israel di penempatan … Read morePengembala Palestin cedera dalam serangan pendatang di al-Khalil